Lawatan Hati

FREE PALESTINE
FREE PALESTINE

Cetusan Hati

مفتح القلب

مفتح القلب

usul 20

13 November 2008

TAHAALUF SIYASI KE ARAH MENDAULATKANSYARIAT ISLAM

Dari Cahaya Sunnah Rasulullah saw. Siri Keenam : Tahaaluf Siyasi di Peringkat Pembentukkan Negara . Baiah Aqabah yang kedua
Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Jabir Rha. Jabir berkata : Ya Rasulullah , untuk apakah kami membaiah Engkau ? Rasulullah saw menjawab :
1. Dengar dan taat ( kepada Rasul ) samaada ketika rajin atau malas
2. Belanjakan harta samaada sewaktu susah atau senang
3. Menegakkan syariat dan mencegah kemungkaran
4. Taat kepada kepada Allah dan tidak lakukan suatu yang dimurkai Allah
5. Tolong daku apabila aku sampai ke tempat kalian dan melindungiku sebagaimana kalian melindungi diri sendiri , isteri dan anak - anak kalian kemudian kalian akan beroleh ganjaran syurga
Baiah al Aqabah menampilkan nilai strategik dalam percaturan dan pergerakan siasah nabi saw yang berjaya menarik perhatian beberapa tokoh tertentu dari Yathrib untuk memeluk Islam malah berjaya mengadakan pertemuan sulit ( secara rahsia ) ditengah - tengah penguasaan Jahiliyyah . Pula berjaya melepaskan diri biarpun selepasnya syaithan telah mendedahkan rahsia pertemuan ( di Aqabah ) tersebut sehingga Nabi saw menyebutnya sebagai syaithan Aqabah .
Melalui perjanjian Aqabah ini , Nabi bukan sahaja berjaya mendapat jaminan keselamatan atau perlindungan yang akhirnya menunjukkan komitmen penduduk Yathrib untuk menerima Islam dan bersama Nabi saw walau apa jua situasi dihadapi , tetapi juga Nabi saw telah mengasaskan tapak strategik untuk mendaulatkan Islam .
Sungguhpun bijak dan strategik Nabi saw mengatur langkah , namun secara sunnahnya strategi tetap berhadapan dengan risiko . Di saat Quraisy leka dan gagal mengesan pergerakan nabi saw yang bijak mengatur tapak menuju pembentukan Negara Islam , syaithan telah mendedahkan pertemuan rahsia di Aqabah kepada musuh - musuh Allah swt .
Syaithan bersusaha keras untuk menggagalkan cita - cita Nabi saw ke arah mendaulatkan syariat dengan usaha meyakinkan pemimpin Quraisy akan pakatan rahsia Nabi saw untuk jihad dan mendaulatkan Islam .
Akhirnya bantuan Allah swt Jalla wa A'la ke atas NabiNya saw membawa kejayaan besar dan bersejarah dengan berlakunya hijrah dan tertegaknya Daulah Islamiyyah .
posted by Nasrudin bin Hassan at Tantawi

No comments: