Lawatan Hati

Cetusan Hati

مفتح القلب

مفتح القلب

usul 20

27 November 2008

Iktibar dari Ilahi



Na ' udzubillãhi min dzalika (Kami berlindung kepada Allah dari hal yg demikian ini)

Subha nallah...... Pembalasan dari Allah SWT atas segala kekejaman nya, maka beringat2 kita sebagai hambaNya, jangan sekali2 melakukan kezaliman terhadap insan lain.....!!!! Tubuh Sharon Membusuk Sedangkan Ia Masih Hidup . Semoga Allah SWT menimpakan Azab - Nya kepada seluruh Zionist Yahudi yang setuju terhadap pembantaian Umat Islam Palestin & Lebanon.
Tubuh Sharon Membusuk Sedangkan Ia Masih Hidup Written by Ummu Raihanah
Diberitakan bahawa para doktor di Hospital Hadasa telah memasukkan Ariel Sharon (Bekas PM Israel yang Yahudi) ke ruang operasi untuk dilakukan pembedahan. Ia memiliki luka membusuk dan tidak sedarkan diri selama beberapa minggu. Operasi tersebut dilakukan untuk menyambung bahagian-bahagian ususnya yang telah membusuk dan telah menyebar ke bahagian tubuh lain.
Demikianlah kita saksikan keadaan musuh Allah Subhanahu Wata ' ala dan musuh islam yang gemar menumpahkan darah. Penyumbatan yang terjadi di otaknya menyebabkan kerusakan di sekujur tubuh. Ini sebagai akibat penindasannya terhadap umat Muhammad Shalallahu alaihi wassalam yang berlangsung terus menerus siang dan malam. Akhirnya ia menderita kelumpuhan di seluruh tubuhnya dan tidak bisa menggerakkannya walaupun hanya menggerakkan mata. Dialah yang memimpin para tentara untuk menyerang Sinai dan Lebanon . ia juga yang menyembelih para tawanan Mesir. Saat ini ia tidak sedar sama sekali dan tidak mengetahui sekelilingnya...
Akhirnya Allah Subhanahu Wata ' ala memperlihatkan kepada kita keadaan thaghut yang suka menumpahkan darah ini dengan ayat-ayat Allah Subhanahu Wata ' ala yang agung, iaitu membusuknya jasad sedangkan ia masih hidup. Demikianlah, mereka (para doktor) akan mengamputasi anggota tubuhnya satu demi satu hingga terakhir sedangkan ia masih hidup.
Benarlah firman Allah SubhanahuWata 'ala :

'Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa al-Quran itu benar '(Fushilat:53) Dipetik dari: Majalah Qiblati, vol.01/no.09/Mei-Jun 2006 terbitan Jeddah, KSA.
* Berdasarkan berita terbaru minggu ini sampai saat ini Sharon masih koma (tidak sedarkan diri) dalam ruang ICU
( Sharon fell into a coma; as of June 2008, he is in a persistent vegetative state." ( http://en.wikipedia.org/wiki/Ariel_Sharon) )


Ya Allah ! Selamatkanlah Umat Islam di seluruh dunia ini. Betulkan anda niat dalam melakukan sesuatu kerana Allah S.W.T Firman Allah bermaksud: "Makanlah yang halal lagi baik dari rezeki yang telah diberikan Allah kepadamu dan syukurilah nikmat Allah, jika hanya kepada-Nya kamu menyembah." (Surah An-Nahl, ayat 114) Ingat !!!! Makanlah makanan yang halal dan dan diusahakan oleh umat Islam Simpan duit di institusi perbankan Islam Tunaikan zakat Tunaikan solat Berikanlah duit buat ibu bapa Sedekahkanlah duit untuk amal jariah

24 November 2008

Memilih Isteri?

Kata hukama' bahawa tabiat perempuan itu menyerupai setengah daripada tabiat haiwan
iaitu:
· pertama seperti tabiat babi
· kedua seperti tabiat kera
· ketiga seperti tabiat anjing
· keempat seperti tabiat ular
· kelima seperti tabiat baghal
· keenam seperti tabiat kala
· ketujuh seperti tabiat tikus
· kelapan seperti tabiat unggas
· kesembilan seperti tabiat serigala dan
· kesepuluh seperti tabiat kambing.
1. Perempuan yang seperti tabiat babi itu ialah perempuan yang tiada berbuat baik melainkan
makan minum memenuhkan perutnya dan memecahkan bejana jua, dan kemana ia pergi
tiada ia mencita-cita agamanya seperti sembahyang dan berpuasa dan kepada segala amal
yang kebajikan tetapi adalah ia tekal melanggar segala isi rumahnya.

2. Perempuan yang seperti tabiat kera pula ianya gemar memakai kain yang berwarna merah
dan hijau dan kuning dan tiada ia mahu memakai emas dan perak serta bermegahkan
dirinya dan membesar-besarkan dirinya terhadap suaminya.

3. Perempuan yang seperti tabiat anjing ialah perempuan yang ketika berkata-kata suaminya
dipalingkan mukanya; dibantah-bantah kata-kata suaminya serta sering mengherdik
suaminya. Apabila ada harta suaminya maka dikasihi suaminya tetapi tatkala tiada harta
pada suaminya maka maka bencilah ia serta dicercanya dan dinyahkan dari rumahnya dan
lagi tiadalah ia mahu diam daripada menista-nista suaminya.

4. Perempuan yang seperti tabiat baghal pula ialah apabila bertemu ia dengan sesuatu yang
ditakutinya dipalu sekalipun tiada mahu ia berjalan melainkan berkenderaan jua, dan
adalah berbeka-beka dirinya serta mengindahkan dirinya sahaja.

5. Perempuan seperti tabiat ular ialah iaitu menaruh dendam dan apabila mendengar kata-
kata jahat orang terhadap suaminya atau dirinya jadi berkelahilah dia dengan orang-orang
itu.

6. Perempuan seperti tabiat kala pula iaitu sentiasa berkeliling kepada rumah-rumah jiran
sekampungnya serta mengadu-ngadu dan mengumpat-ngumpat serta berbantah-bantah ia
dengan mereka itu seperti kelakuan kala disengatnya barang yang bertemu dengan dia dan
tiadalah ia takut akan bahaya akhirat seperti sabda nabi s.a.w. ertinta "yang fitnah itu
tiada masuk syurga".

7. Perempuan yang sepertri tabiat tikus itu iaitu mencuri harta suaminya lagi berculas dirinya
daripada suaminya.

8. Perempuan seperti tabiat unggas itu iaitu sentiasa ia bertandang tiada sesaat pun istirehat
dan apabila suaminya datang maka katanya darimana engkau tiada engkau kasih akan
daku dan engkau kasih orang lain.

9. Perempuan seperti tabiat serigala pula iatu apabila ada suaminya di dalam rumah maka
pura-pura ia menidurkan dirinya apabila datang maka dimulainya perbantahan seperti
katanya bahawaku seorang diriku dirumah serta sakitku engkau pergi bermain-main.

10. Perempuan seperti tabiat kambing itu iaitu adalah kepadanya beberapa manfaat dan ialah
perempuan yang salih lagi mengasihi akan suaminya dan anak-anaknya dan segala orang
kampungnya dan segala keluarganya dan ialah yang berbuat kebaktian akan Allah s.w.t.
~ (Sedutan daripada Kitab Tajul Muluk)

Risalah Taa'lim

Segala puji bagi Allah serta salawat dan salam buat imamul muttaqin, panglima para mujahidin, junjungan kita Muhammad s.a.w, seorang Nabi yang amanah serta buat kaum keluarganya, para sahabatnya dan mereka yang mengikut pimpinan mereka hingga ke hari kiamat.
Ini adalah perutusan saya kepada para mujahid di kalangan Ikhwan al-Muslimin. Mereka yang meyakini kemuliaan dakwah mereka serta kesucian gagasan mereka. Mereka yang mempunyai tekad yang suci untuk hidup bersama dan mati di jalannya. Khusus buat mereka ini saya tujukan tulisan yang ringkas ini. Tulisan ini bukanlah pelajaran yang perlu dihafal tetapi ia adalah taklimat yang perlu dilaksanakan. Ayuh ke medan amal, wahai saudara yang jujur.
Dan katakanlah (wahai Muhammad): Bekerjalah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan. (Al-Taubah: 105)
Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (agama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah. Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa. (Al-An‘am: 153)
Buat yang lain selain daripada mereka ini ada pengajian, ceramah, buku dan artikel, gaya dan kaedah yang khusus untuk mereka. Setiap umat ada arah yang dituju. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan. Semuanya dijanjikan Allah kebaikan.
Salam serta rahmat dan keberkatan Allah untuk kamu semua.
Hasan al-Banna
Saudara yang jujur
Rukun baiah kamu ada sepuluh, hayati dan hafallah:
1. Faham.
2. Ikhlas.
3. Amal.
4. Jihad.
5. Berkorban ( Tadhiyah ).
6. Taat.
7. Thabat .
8. Tajarrud .
9. Bersaudara ( Ukhuwwah ).
10. Thiqah .
Wahai Saudara Yang Jujur,
1. Faham
Apa Yang Saya Maksudkan Dengan Faham:
Faham yang dimaksudkan ialah anda yakin fikrah atau gagasan anda adalah sepenuhnya berlandaskan Islam. Anda faham Islam sebagaimana yang kami faham, dalam skop dua puluh usul yang ringkas seringkas-ringkasnya ini:
1. Islam adalah satu sistem yang bersepadu mencakupi seluruh aspek kehidupan. Islam adalah negara dan tanahair atau kerajaan dan rakyat. Islam adalah akhlak dan kekuatan atau rahmat dan keadilan. Islam adalah pengetahuan dan undang-undang atau ilmu dan kehakiman. Islam adalah benda dan harta atau pendapatan dan kekayaan. Islam adalah jihad dan dakwah atau tentera dan gagasan. Selain itu Islam juga adalah akidah yang sejahtera dan ibadah yang sahih.
2. Al-Quran al-Karim dan sunnah yang suci adalah rujukan setiap muslim untuk memahami hukum-hakam Islam. Al-Quran perlu difahami menurut kaedah bahasa Arab tanpa mengada-adakan atau keterlaluan. Sementara sunnah pula perlu difahami melalui ahli hadis yang dipercayai.
3. Iman yang benar, ibadat yang sahih dan mujahadah mengandungi cahaya dan kemanisan yang diberikan Allah ke dalam hati hambaNya yang dikehendaki. Namun ilham, lintasan hati, kasyaf dan mimpi bukanlah dalil hukum syarak dan tidak diambil kira kecuali jika tidak bercanggah dengan hukum-hukum dan nas-nas agama.
4. Tangkal, jampi, kulit kerang yang dijadikan pendinding, menilik dengan cara melukis di pasir, tenung nasib, sihir dan dakwaan mengaku mengetahui perkara ghaib, semua ini adalah amalan sesat yang wajib diperangi, kecuali jampi yang menggunakan ayat al-Quran atau hadis yang ma'thur.
5. Pendapat imam atau wakilnya dalam perkara yang tiada nas ataupun nas tersebut mempunyai pelbagai maksud dan dalam soal masalih mursalah (kepentingan umum) boleh dilaksanakan selagi tidak bertentangan dengan asas syarak. Pendapat ini mungkin berubah mengikut keadaan, budaya dan adat. Asas dalam soal ibadat ialah pengabdian ( ta'abbud ) tanpa perlu melihat kepada maksud. Sementara dalam soal yang lain ia perlu melihat kepada sebab, hikmah dan maksud.
6. Kata-kata manusia boleh diterima dan boleh ditolak kecuali kata-kata manusia yang maksum iaitu Nabi s.a.w. Segala yang datang daripada generasi silam yang diredai Allah jika bertepatan dengan kitab dan sunnah kita akan terima. Jika tidak kitab Allah dan sunnah rasulNya lebih utama untuk diikut. Walau bagaimanapun kita tidak akan mengecam atau mengkritik mana-mana individu yang tidak sependapat. Kita serahkan kepada niat mereka.Mereka telahpun menyampaikan apa yang telah mereka kemukakan..
7. Setiap orang Islam yang masih belum mencapai tahap ahli nadzar iaitu dapat mengkaji dalil-dalil hukum dalam masalah furu' hendaklah mengikut salah satu imam dalam agama ini. Namun demikian adalah lebih baik selain mengikut dia berusaha sedaya upaya untuk memahami dalil-dalil tersebut. Dia juga perlu menerima segala tunjuk ajar yang disertakan dengan dalil setelah dipastikan orang yang menunjuk ajar itu adalah orang yang berkebolehan dan berkelayakan. Jika dia memang adalah ahli ilmu dia hendaklah mengatasi kelemahannya dalam bidang ilmu supaya dia mampu mencapai tahap yang membolehkan dia mengkaji.
8. Perbezaan pendapat fikah dalam soal yang kecil tidak sepatutnya menjadi sebab untuk berpecah. Perbezaan pendapat ini tidak sepatutnya menimbulkan permusuhan dan persengketaan kerana setiap mujtahid akan mendapat pahalanya. Namun tidak salah untuk membuat kajian ilmiah dalam masalah-masalah yang dipertikaikan selagimana ia dilakukan dalam suasana penuh kemesraan dan saling bekerjasama untuk mencari kebenaran. Dengan syarat ia tidak menimbulkan perselisihan yang tidak diingini dan budaya taksub.
9. Setiap masalah yang tidak membuahkan amalan tidak perlu dibincangkan secara mendalam kerana tindakan itu dianggap membebankan diri yang dilarang oleh syarak. Ini termasuklah tindakan mencambah hukum-hakam yang masih belum berlaku, mengkaji maksud ayat-ayat al-Quran yang masih belum dicapai oleh sains, berbincang mengenai kemuliaan seorang sahabat berbanding sahabat yang lain dan persengketaan yang berlaku di kalangan mereka. Setiap sahabat ada kelebihan mereka sebagai seorang sahabat nabi dan mereka akan mendapat pahala bergantung kepada niat mereka. Begitu juga dengan takwil yang dibenarkan.
10. Mengenali, mengesakan dan mensucikan Allah Taala adalah akidah Islam yang paling suci. Semua ayat dan hadis sahih yang menyebut tentang sifat Allah dan apa sahaja yang berkenaan dengannya kita yakini sepertimana yang disebutkan itu tanpa kita tafsirkan mengikut kehendak kita atau kita tolak sama sekali. Kita tidak akan libatkan diri kita dalam perselisihan pendapat di kalangan ulama. Kita sepatutnya meniru sikap yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabat baginda.
Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami. (Aali Imran: 7)
11. Setiap amalan bid‘ah yang dimasukkan ke dalam agama Allah dan tidak berasas (diamalkan oleh manusia kerana mengikut selera mereka sama ada mereka menokok tambah atau mengabaikannya) adalah sesat dan perlu diperangi serta dihapuskan dengan cara yang terbaik dan tidak membawa kepada keadaan yang lebih buruk.
12. Bid‘ah yang dilakukan dengan cara menambah ataupun meninggalkan atau beriltizam dengan mengamalkan sesuatu ibadat merupakan masalah perbezaan pendapat dari sudut fikah. Masing-masing mempunyai pendapat yang tersendiri. Namun tidak salah untuk mencari kebenaran dengan berpandukan dalil dan bukti.
13. Mengasihi, menghormati dan memuji orang-orang yang soleh kerana amalan baik yang mereka lakukan adalah suatu amalan mendekatkan diri dengan Allah Taala. Apa yang dimaksudkan dengan wali ialah mereka yang disebutkan oleh firman Allah:
(Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa. (Yunus: 63)
Karamah berlaku pada mereka dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak. Namun perlu diyakini mereka yang diredai oleh Allah ini tidak mampu mendatangkan kemudaratan dan kemanfaatan untuk diri mereka sendiri ketika hayat mereka dan juga setelah kematian mereka, apatah lagi untuk melakukannya kepada orang lain.
14. Menziarahi kubur adalah sunnah dan disyariatkan dengan cara yang dinyatakan oleh sunnah. Walaupun bagaimanapun meminta bantuan ahli kubur walau siapapun mereka atau menyeru nama mereka atau meminta sesuatu hajat daripada mereka dari dekat atau jauh atau bernazar untuk mereka atau membuat binaan atas kubur atau menyelimutkan kubur atau memasang lampu di kubur atau menyentuh dan mengucup kubur itu atau bersumpah dengan nama yang lain daripada nama Allah atau apa sahaja bid‘ah yang berkenaan dengannya adalah dosa besar yang perlu diperangi. Kita tidak akan bertolak ansur dengan semua amalan ini agar tidak timbul perkara yang lebih buruk.
15. Doa yang dikaitkan dengan tawasul kepada Allah menggunakan perantaraan salah satu makhlukNya adalah perkara yang melibatkan perselisihan pendapat yang bersifat cabang. Masalah ini lebih kepada masalah dalam kaedah berdoa dan bukan masalah akidah.
16. Adat sumbang yang diamalkan tidak boleh mengubah hakikat lafaz-lafaz syarak. Malah apa yang dimaksudkan oleh istilah syarak ini perlu dikenal pasti dan dilaksanakan menurut erti istilah tersebut. Di samping itu budaya mempermainkan istilah perlu dielak dalam seluruh aspek dunia dan agama. Perkara yang diambil kira bukannya nama sebaliknya apa yang dimaksudkan oleh nama tersebut.
17. Akidah adalah landasan kepada amalan. Amalan hati lebih penting daripada amalan anggota badan. Melakukan yang terbaik dalam kedua-dua amalan ini adalah tuntutan syarak walaupun wujud perbezaan pada sejauhmana ia dituntut.
18. Islam membebaskan akal dan menggalakkan manusia memerhati alam semesta. Islam mengangkat darjat ilmu dan ulama. Islam juga mengalu-alukan segala perkara yang baik dan bermanfaat.
“Hikmah adalah hak orang mukmin yang telah hilang. Oleh itu di mana sahaja dia menemuinya dia adalah orang yang paling berhak untuk memilikinya.”
19. Ada pandangan syarak yang tidak bertepatan dengan pandangan akal namun akal dan syarak tidak akan bertembung dalam soal yang pasti. Penemuan sains yang sah tidak akan bertembung dengan kaedah syarak yang tetap. Bagi perkara yang tidak dipastikan oleh akal atau oleh syarak, ia perlu disesuaikan supaya bertepatan dengan apa yang pasti. Bagi perkara yang tidak dapat dipastikan oleh syarak dan oleh akal, pandangan syarak perlu diutamakan sehingga akal dapat membuktikan kebenarannya atau sebaliknya.
20. Kita tidak mengkufurkan seorang muslim yang mengucap dua kalimah syahadah dan masih mengamalkan tuntutan dua kalimah syahadah serta menunaikan amalan fardhu -sama ada mengikut suatu pendapat atau kerana melakukan suatu maksiat-kecuali jika dia mengeluarkan ucapan kufur dan mengakuinya, atau menolak sesuatu yang menjadi asas agama atau tidak mempercayai kenyataan al-Quran yang jelas, atau mentafsir al-Quran menurut cara yang tidak bertepatan sama sekali dengan gaya bahasa Arab, atau melakukan sesuatu yang tidak boleh diandaikan kecuali sebagai kufur.
Setelah seorang muslim memahami agamanya berpandukan asas ini barulah dia memahami apa yang sering dilaungkannya:
“Al-Quran adalah perlembagaan kami dan rasul adalah ikutan kami.”
2. Ikhlas
Apa Yang Saya Maksudkan Dengan Ikhlas:
Ikhlas ialah saudara muslim itu meniatkan setiap kata, tindakan dan jihad yang dilakukan hanya untuk Allah, mencari keredaan dan ganjaranNya tanpa mengharapkan harta atau kemasyhuran atau kedudukan atau pangkat atau kemajuan atau kemunduran. Ini bermakna dia merupakan pejuang fikrah dan akidah bukan memperjuangkan matlamat dan kepentingan peribadi.
Katakanlah: Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan. (Al-An‘am: 162-163)
Dengan ini saudara muslim akan memahami maksud apa yang sering dilaungkannya:
“Allah matlamat kami” dan “Allah Maha besar dan segala puji bagi Allah”.
3. Amal (Kerja)
Apa Yang Saya Maksudkan Dengan Amal:
Amal ialah hasil yang diperolehi daripada ilmu dan ikhlas.
Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan. (Al-Taubah: 105)
Peringkat kerja yang perlu dilakukan oleh saudara yang jujur ialah:
1. Memperbaiki diri sendiri sehingga dia memiliki tubuh yang kuat, akhlak yang mantap, berpendidikan, mampu berdikari, akidah yang sejahtera, ibadah yang betul, bermujahadah melawan diri, menjaga masa, segala urusannya tersusun dan berguna kepada orang lain. Semua ini wajib bagi saudara semua.
2. Pembinaan keluarga muslim. Mendidik ahli keluarganya supaya menghormati gagasannya. Memelihara setiap adab Islam dalam setiap sudut hidup berumahtangga. Teliti ketika memilih isteri. Didik isteri tentang hak dan tanggungjawabnya. Didik anak dan pengasuh dengan baik dan besarkan mereka berdasarkan prinsip Islam. Ini juga wajib bagi saudara semua.
3. Membimbing masyarakat dengan cara mengembangkan aspek yang baik dalam masyarakat. Menghapuskan segala amalan yang tidak baik di samping menggalakkan amalan yang baik. Menyuruh masyarakat melakukan perkara yang baik. Bertindak segera melakukan kebajikan. Menagih sokongan masyarakat supaya berpihak kepada gagasan Islam. Sentiasa berusaha menyemai budaya masyarakat menurut budaya Islam. Semua ini wajib dilakukan oleh saudara semua dan oleh jamaah sebagai badan pelaksana.
4. Membebaskan tanahair dengan cara mengusir kuasa asing (bukan Islam) daripada menguasai aspek politik atau ekonomi atau moral.
5. Memulihkan kerajaan supaya benar-benar bercirikan Islam. Dengan itu kerajaan ini akan menjalankan peranannya sebagai khadam kepada rakyat atau orang upahan rakyat dan bekerja demi kepentingan rakyat. Kerajaan Islam ialah kerajaan yang dianggotai oleh orang Islam dan melaksanakan segala fardhu Islam dengan tidak berterus terang melanggar perintah Islam. Kerajaan ini sebagai pelaksana hukum dan ajaran Islam.
Namun tidak salah jika kerajaan ini meminta bantuan orang bukan Islam ketika keadaan terdesak tetapi bukan untuk melantik mereka sebagai pemimpin. Kerajaan ini tidak perlu terikat kepada bentuk atau jenis tertentu. Apa yang penting ia mesti bertepatan dengan dasar pemerintahan Islam.
Sifat-sifat kerajaan ini ialah peka dengan tanggungjawab, prihatin dengan nasib rakyat, bertindak adil kepada semua, menjaga harta negara dan berjimat ketika menggunakannya.
Tanggungjawab kerajaan ini ialah menjaga keamanan, melaksanakan undang-undang, memberikan pendidikan kepada rakyat, membina kekuatan negara, menjaga mutu kesihatan, memelihara kepentingan rakyat, membangunkan sumber negara, menjaga keselamatan sumber negara, memantapkan akhlak rakyat dan mengembangkan dakwah.
Hak kerajaan (setelah menunaikan tanggungjawabnya) ini ialah rakyat perlu memberikan kesetiaan dan ketaatan. Kerajaan ini perlu dibantu dengan nyawa dan harta.
Jika kerajaan ini cuai, ia perlu dinasihat dan ditunjuk ajar. Jika tidak ia perlu dipecat dan disingkir. Tidak dibenarkan mentaati makhluk untuk menderhakai Allah.
6. Mewujudkan kembali sebuah negara untuk umat Islam dengan cara memerdekakan semua tanahair umat Islam, menghidupkan semula sejarah kegemilangan mereka, merapatkan jurang budaya mereka dan menyatukan suara mereka sehinggalah muncul kembali khilafah Islam yang telah lama lenyap dan lahir semula perpaduan umat Islam yang dicitakan.
7. Menjadi tonggak dunia ( ustaziatul ‘alam ) dengan cara menyebarkan Islam ke seluruh pelusuk dunia.
Sehingga tidak ada lagi fitnah, dan (sehingga) menjadilah agama itu seluruhnya (bebas) bagi Allah semata-mata. (Al-Anfal: 39)
Sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya. (Al-Taubah: 32)
Empat peringkat yang terakhir ini wajib dilaksanakan oleh sebuah jamaah dan oleh setiap saudara dengan kedudukan mereka sebagai anggota jamaah. Betapa beratnya tanggungjawab ini dan betapa besarnya peranan ini. Manusia akan melihat semua ini suatu khayalan namun saudara muslim melihatnya sebagai suatu kenyataan. Kita tidak akan berputus asa dan tetap menaruh harapan yang tinggi kepada Allah.
Dan Allah Maha Kuasa melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. (Yusuf: 21)
4. Jihad
Apa Yang Saya Maksudkan Dengan Jihad:
Jihad adalah satu kefardhuan yang akan terus diwajibkan sehingga hari kiamat. Selain itu jihad juga ialah apa yang dimaksudkan oleh sabda Rasulullah s.a.w.:
“Orang yang mati tetapi tidak pernah berperang atau tidak pernah berniat untuk berperang dia mati dalam keadaan jahiliyah.”
Tahap pertama jihad ialah mengengkari dengan hati dan tahap yang paling tinggi ialah perang di jalan Allah. Di antara dua tahap tadi ialah jihad dengan lidah, pena, tangan dan menyatakan kebenaran di hadapan pemerintah yang kejam. Dakwah ini tidak akan bererti tanpa jihad. Sehebat mana dan seluas mana dakwah ini sehebat itulah juga jihad yang diperlukan dan sebesar itu jugalah pengorbanan yang diperlukan untuk menyokong dakwah ini. Namun ganjarannya juga besar untuk mereka yang berusaha.
Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. (Al-Haj: 78)
Dengan ini barulah anda faham apakah yang dimaksudkan setiap kali anda melaungkan: “Jihad adalah jalan kami.”
5. Berkorban (Tadhiyyah)
Apa Yang Saya Maksudkan Dengan Berkorban:
Berkorban ialah menyumbang jiwa dan harta, masa dan nyawa serta segala-galanya demi mencapai matlamat. Di dunia ini tiada jihad yang tidak menuntut pengorbanan. Segala pengorbanan yang disumbangkan demi gagasan ini tidak akan disia-siakan sebaliknya akan dibalas dengan ganjaran yang lebih besar dan pahala yang lebih baik. Sesiapa yang tidak mahu berkorban bersama kita dia akan menanggung dosa.
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka. (Al-Taubah: 111)
Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu… (Al-Taubah: 24)
Yang demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga, dan merasai penat lelah.. (Al-Taubah: 120)
Jika kamu taat (menjalankan perintah Allah ini), Allah akan mengurniakan kamu dengan balasan yang baik. (Al-Fath: 16)
Dengan ini anda memahami apakah yang dimaksudkan setiap kali anda melaungkan:
“Mati di jalan Allah adalah cita-cita utama kami.”
6. Taat
Apa yang saya maksudkan dengan taat:
Taat ialah akur kepada perintah dan melaksanakan secara sepontan dalam keadaan sukar atau senang, rela atau terpaksa. Ini adalah kerana fasa dakwah ini ada tiga:
Pengenalan (Takrif)
Fasa ini dilaksanakan dengan menyebarkan fikrah Islam kepada masyarakat. Dalam fasa ini dakwah disusun melalui pertubuhan. Peranannya ialah bekerja untuk kebajikan masyarakat. Wahana atau wasilah yang digunakan adakalanya dalam bentuk nasihat dan tunjuk ajar, adakalanya dalam bentuk membina prasarana yang berguna untuk masyarakat dan pelbagai lagi wasilah yang praktikal. Semua cawangan Ikhwan yang wujud pada hari ini berada dalam fasa dakwah ini. Semuanya disusun oleh satu undang-undang asas yang dihuraikan oleh risalah-risalah dan akhbar-akhbar Ikhwan. Dakwah dalam fasa ini bersifat umum.
Dalam fasa ini, jamaah berhubung dengan sesiapa sahaja yang mahu mengambil bahagian dalam kerja-kerja jamaah serta bersedia berjanji memelihara dasar-dasar jamaah. Dalam fasa ini ketaatan penuh tidak diperlukan. Cukup sekadar ia menghormati sistem dan dasar am jamaah.
Pembinaan (Takwin)
Memilih individu-individu yang sesuai untuk memikul tanggungjawab jihad dan mereka kemudiannya digabungkan dalam saf. Dalam fasa ini, dakwah disusun menggunakan kaedah sufi sepenuhnya dalam sudut rohani dan menggunakan kaedah ketenteraan sepenuhnya dalam sudut amali. Slogan bagi kedua-dua sudut ini ialah “perintah dan taat” tanpa ada rasa teragak-agak, bersoal jawab, ragu-ragu dan keberatan. Katibah-katibah Ikhwan merupakan pelaksana kepada fasa dakwah ini. Sebelum ini katibah ini disusun menurut Risalah al-Manhaj dan sekarang risalah ini.
Dakwah dalam fasa ini adalah bersifat khusus. Dakwah hanya berhubung dengan orang yang sudah benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab jihad yang akan berlangsung dalam tempoh yang lama dan menuntut pelbagai tanggungjawab. Tanda pertama kesediaan ini ialah “ketaatan mutlak”.
Pelaksanaan (Tanfiz)
Dakwah dalam fasa ini adalah jihad tanpa kompromi, kerja yang berterusan ke arah mencapai matlamat, ujian dan cubaan yang akan hanya ditempuh dengan sabar oleh mereka yang jujur. Kejayaan dalam fasa ini hanya akan diperolehi melalui “ketaatan mutlak”. Barisan Ikhwan al-Muslimin yang pertama memberikan baiah ialah pada 5 Rabiul Awal 1359.
Apabila anda bergabung dalam katibah ini dan menerima risalah ini serta berikrar dengan baiah ini anda telah berada di tahap kedua dan hampir dengan tahap ketiga. Oleh itu nilailah tanggungjawab yang anda laksanakan. Siapkanlah diri anda untuk memenuhi tanggungjawab ini.
7. Tabah ( Thabat )
Apa Yang Saya Maksudkan Dengan Tabah;
Tabah bermakna seorang akh terus menerus bekerja dan berjihad untuk mencapai matlamat walau sejauhmana tempoh yang ditempuh dan memakan masa bertahun-tahun lamanya, sehingga dia bertemu dengan Allah. Dia akan memperolehi dua kejayaan, sama ada dia mencapai matlamatnya atau dia mencapai syahid di akhir nanti.
Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. (Al-Ahzab: 23)
Bagi kita, masa adalah salah satu penyelesai masalah. Jalan ini memang jauh apatah lagi apabila ia terpaksa melalui pelbagai peringkat dan pelbagai rintangan. Namun demikian ini sahaja jalan yang mampu membawa kita kepada destinasi kita. Ditambah pula dengan ganjaran dan pahalanya yang besar.
Ini kerana kesemua enam wasilah atau wahana kita memerlukan kita membuat persediaan yang rapi, menunggu masa yang sesuai dan merancang pelaksanaan yang teliti. Semua ini bergantung kepada masa.
Mereka bertanya secara mengejek: Bila berlakunya? Katakanlah: Dipercayai akan berlaku tidak lama lagi! (Al-Isra': 51)
8. Jatidiri ( Tajarrud )
Apa Yang Saya Maksudkan Dengan Jatidiri
Jatidiri ialah anda memberikan tumpuan sepenuhnya kepada fikrah atau gagasan anda dan anda ketepikan semua prinsip dan tokoh lain selain daripada gagasan anda kerana gagasan anda adalah yang paling mulia, paling lengkap dan paling tinggi.
(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman: Agama Islam, yang kami telah sebati dengannya ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Al-Baqarah: 138)
Sesungguhnya adalah bagi kamu pada bawaan Nabi Ibrahim (a.s) dan pengikut-pengikutnya - contoh ikutan yang baik, semasa mereka berkata kepada kaumnya (yang kufur ingkar): Sesungguhnya kami berlepas diri daripada kamu dan daripada apa yang kamu sembah yang lain dari Allah; kami kufur ingkarkan (segala penyembahan) kamu dan (dengan ini) nyatalah perasaan permusuhan dan kebencian di antara kami dengan kamu selama-lamanya, sehingga kamu menyembah Allah semata-mata. (Al-Mumtahanah: 4)
Bagi saudara yang jujur, manusia terbahagi kepada enam kumpulan:
1. Muslim yang berjihad.
2. Muslim yang berdiam diri.
3. Muslim yang melakukan dosa.
4. Ahli zimmi yang membuat perjanjian.
5. Manusia yang berkecuali.
6. Manusia yang memusuhi.
Bagi setiap kumpulan ini ada hukum yang tersendiri menurut neraca Islam. Pengkelasan ini akan menjadi landasan dalam menilai individu ataupun pertubuhan, sahabat ataupun lawan.
9. Persaudaraan (Ukhuwwah)
Apa Yang Saya Maksudkan Dengan Persaudaraan;
Persaudaraan itu ialah hati-hati dan roh-roh dihubungkan dengan ikatan akidah. Akidah adalah hubungan yang paling ampuh dan berharga. Persaudaraan adalah saudara iman dan perpecahan adalah saudara kufur. Kekuatan yang pertama ialah kekuatan perpaduan. Perpaduan tidak akan wujud tanpa kasih sayang. Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada (bersikap terbuka) dan paling tinggi ialah mengutamakan orang lain.
Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. (Al-Hasyr: 9)
Saudara yang jujur akan merasakan saudara-saudaranya lebih utama dari dirinya sendiri kerana segala hidupnya bersama mereka. Sedangkan mereka, jika tidak bersamanya akan bersama dengan orang lain. Serigala akan hanya menerkam kambing yang bersendirian. Orang mukmin dengan orang mukmin yang lain umpama bangunan yang saling kuat memperkuat antara satu sama lain.
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain. (Al-Taubah: 71)
Inilah yang sepatutnya kita lakukan.
10. Percaya (Thiqah)
Apa Yang Saya Maksudkan Dengan Thiqah;
Seorang tentera menaruh kepercayaan penuh kepada kewibawaan dan keikhlasan pemimpin hingga ke tahap lahir rasa kasih, menyanjung tinggi, hormat dan taat.
Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. (Al-Nisa': 65)
Pimpinan adalah sebahagian daripada dakwah. Dakwah pula tidak akan wujud tanpa pimpinan. Sejauhmana wujud hubungan saling percaya-mempercayai antara pimpinan dan tentera ini akan menentukan kekuatan sistem sesebuah jamaah, kekemasan strateginya, kejayaannya untuk mencapai matlamat dan sejauhmana ia mampu mengatasi segala rintangan dan cabaran.
Maka kebinasaanlah lebih hampir kepada mereka. (Mereka selalu berkata: Pendirian kami) mematuhi perintah dan memperkatakan perkataan yang baik (yang diredhai Allah) (Muhammad: 20-21)
Dalam dakwah Ikhwan, seorang pemimpin ibarat seorang ayah dari segi hubungan hati, seorang guru dari segi penyaluran ilmu, seorang syeikh dari segi didikan rohani, seorang ketua dari segi menentukan dasar am dakwah. Dakwah kita menggabungkan semua elemen ini. Kepercayaan kepada pemimpin merupakan asas kepada kejayaan mana-mana gerakan. Oleh itu, setiap akh yang jujur perlu menyoal dirinya soalan-soalan berikut bagi mengetahui sejauhmana kepercayaannya kepada pimpinannya:
1. Adakah dia mengenali siapakah pemimpinnya sebelum ini dan telah mengkaji latar belakangnya?
2. Adakah dia yakin dengan kemampuan dan keikhlasannya?
3. Adakah dia bersedia untuk menerima bahawa segala arahan yang tidak bertentangan dengan syarak yang dikeluarkan oleh pimpinan sebagai suatu keputusan mutlak yang tidak boleh dipertikai, disangsi, diabai dan diperdebatkan, di samping bersedia memberi nasihat dan menyatakan pendapat yang baik?
4. Adakah dia bersedia untuk merasakan kemungkinan bahawa pendapatnya salah dan pendapat pimpinan itu benar, dalam keadaan wujud percanggahan antara arahan pimpinan dan apa yang diketahuinya tentang soal ijtihad yang tidak dinyatakan sebarang nas syarak?
5. Adakah dia bersedia untuk meletakkan kehidupan hariannya di bawah telunjuk dakwah? Adakah pemimpin pada pandangannya berhak menentukan apa yang lebih penting antara kepentingan peribadinya dengan kepentingan dakwah?
Berdasarkan jawapan kepada soalan-soalan ini atau yang seumpama dengannya, seseorang akh akan meyakini sejauhmana hubungannya dengan pimpinan dan sejauhmana dia mempercayai kewibawaannya. Namun hati-hati manusia di tangan Allah dan Dia mentadbir hati-hati ini menurut kehendaknya.
Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Al-Anfal: 63)
Wahai Saudara yang jujur,
Keyakinan anda dengan baiah ini telah mewajibkan anda supaya menunaikan segala tanggungjawab berikut agar anda menjadi seketul bata yang kukuh dalam pembinaan ini:
1. Anda hendaklah mempunyai wirid harian, tidak kurang daripada satu juzuk al-Quran. Berusahalah supaya menghabiskannya tidak melebihi sebulan dan tidak kurang daripada tiga hari.
2. Anda hendaklah memperelokkan bacaan al-Quran anda atau mendengar dan mentadabbur maknanya. Anda hendaklah mempelajari sirah dan sejarah generasi silam mengikut kelapangan masa yang ada pada anda. Sekurang-kurangnya buku yang dibaca ialah, “ Humatul Islam ”. Anda hendaklah banyak membaca hadis Rasulullah s.a.w. dan hafallah sekurang-kurangnya empat puluh hadis, terutama hadis empat puluh Imam Nawawi. Anda hendaklah mempelajari buku-buku tentang asas akidah dan cabang fikah.
3. Anda hendaklah melakukan pemeriksaan perubatan yang menyeluruh dan berusaha merawat segala penyakit yang ada pada diri anda. Anda hendaklah mengambil berat aspek kekuatan dan penjagaan badan serta jauhkanlah daripada segala punca yang melemahkan tubuh badan.
4. Anda hendaklah menjauhkan tabiat mengambil minuman kopi, teh atau minuman perangsang secara berlebihan. Janganlah anda minum minuman seperti ini kecuali jika perlu dan jauhi sama sekali tabiat merokok.
5. Anda hendaklah mengambil berat soal kebersihan dalam semua keadaan, kediaman, pakaian, makanan, tubuh badan dan tempat kerja. Kebersihan adalah teras agama ini.
6. Anda hendaklah sentiasa bercakap benar dan tidak akan sekali-kali menipu.
7. Anda hendaklah bersikap amanah pada janji dan setiap percakapan. Janganlah anda mungkiri janji walau apa keadaan sekalipun.
8. Anda hendaklah bersikap berani dan bersemangat waja. Sikap berani yang paling baik ialah lantang menyatakan kebenaran, bersedia menyembunyikan rahsia, mengakui kesilapan, jujur dengan diri sendiri dan mengawal diri ketika marah.
9. Anda hendaklah bersikap serius dan sentiasa bersungguh-sungguh. Walau bagaimanapun sikap serius ini tidak bermakna anda mengenepikan senda gurau yang benar dan gelak ketawa.
10. Anda hendaklah bersikap pemalu dan sensitif, amat peka dengan perkara yang baik dan yang tidak baik. Gembira melihat yang baik dan sedih melihat yang tidak baik. Anda juga hendaklah bersikap merendah diri tetapi bukan menghina diri atau mengampu. Jika apa yang anda minta itu lebih rendah daripada kedudukan anda nescaya apa yang anda minta itu pasti akan tercapai.
11. Anda hendaklah bersikap adil dan mampu memberikan keputusan yang betul dalam semua keadaan. Janganlah kerana kemarahan anda melupakan kebaikan dan jangan juga anda melelapkan mata melihat keburukan. Janganlah kerana persengketaan, anda melupakan nilai-nilai murni. Nyatakanlah kebenaran walaupun kepada diri anda sendiri atau kepada orang yang paling hampir dengan anda, walaupun ia pahit.
12. Anda hendaklah bergiat cergas dan terlatih untuk berkhidmat kepada masyarakat. Anda perlu merasa seronok dan gembira jika anda mampu memberikan sesuatu khidmat kepada orang lain. Anda hendaklah melawat orang sakit, membantu mereka yang memerlukan bantuan, orang yang lemah dan orang yang ditimpa malapetaka walaupun sekadar mengucapkan kata-kata yang baik. Sentiasalah berusaha untuk melakukan kebaikan.
13. Anda hendaklah mempunyai hati yang penyayang, pemurah dan pemaaf, sedia memaafkan, melayan dengan baik dan bersabar dengan manusia dan haiwan. Anda hendaklah memberikan layan yang baik kepada semua manusia. Anda hendaklah memelihara adab-adab pergaulan dalam Islam. Dengan ini bermakna anda perlu mengasihi anak-anak kecil, menghormati orang tua, memberikan orang lain ruang untuk duduk dalam majlis. Janganlah anda mengintip, mengumpat dan mengangkat suara. Minta izinlah ketika ingin masuk dan keluar. Begitulah seterusnya.
14. Anda hendaklah berkemampuan untuk membaca dan menulis dengan baik. Perbanyakkanlah membaca tulisan-tulisan, akhbar, majalah atau sebagainya yang ditulis oleh Ikhwan. Anda sendiri hendaklah mempunyai sebuah perpustakaan walaupun kecil. Anda hendaklah meningkatkan penguasaan ilmu dan kemahiran anda jika anda merupakan orang yang berkepakaran. Anda hendaklah menguasai keseluruhan permasalahan Islam secara mendalam sehingga anda mampu memahami dan memberikan jawapan yang tepat sesuai dengan kehendak fikrah anda.
15. Anda hendaklah menjalankan kerja-kerja ekonomi walaupun anda seorang yang kaya. Anda hendaklah berusaha untuk bekerja sendiri walaupun secara kecil-kecilan. Anda hendaklah tumpukan usaha anda dalam kerja tersebut walau setinggi mana sekalipun pencapaian akademik anda.
16. Elaklah jawatan dalam kerajaan dan anda hendaklah menjadikan jawatan dalam kerajaan ini sebagai pintu rezeki yang terakhir. Walau bagaimanapun janganlah anda menolak jika anda diberi peluang dan janganlah anda melepaskan jawatan tersebut kecuali jika jawatan tersebut bertentangan sama sekali dengan kewajipan dakwah anda.
17. Anda hendaklah bersungguh-sungguh menjalankan tugas anda dengan menjaga aspek kualiti, tekun, tidak korup dan hendaklah menepati janji.
18. Anda hendaklah menunaikan segala hak-hak anda dengan baik dan menunaikan segala hak orang lain tanpa perlu diminta dan tidak melewat-lewatkannya sama sekali.
19. Anda hendaklah menjauhi segala bentuk judi walau apa sekalipun tujuan di sebaliknya. Anda hendaklah menjauhi segala sumber rezeki yang haram walaupun ia memberikan keuntungan yang segera.
20. Anda hendaklah menjauhi semua urusan yang membabitkan riba dan bersihkanlah diri anda daripada segala unsur riba.
21. Anda hendaklah menggunakan kekayaan umat Islam dengan cara menggalakkan sektor perusahaan dan prasarana ekonomi Islam. Anda hendaklah memastikan tiada satu senpun wang anda yang jatuh ke tangan bukan Islam dalam apa keadaan sekalipun. Anda hendaklah hanya memakai dan memakan hasil buatan negara Islam.
22. Anda hendaklah memberikan sebahagian harta anda sebagai sumbangan kepada dakwah dan tunaikanlah zakat yang diwajibkan. Jadikanlah sejumlah harta anda sebagai sumbangan kepada orang yang memerlukan walau sekecil mana sekalipun pendapatan anda.
23. Anda hendaklah menyimpan sebahagian pendapatan anda walaupun sedikit untuk masa kecemasan. Janganlah anda terjerumus dalam kemewahan sama sekali.
24. Anda hendaklah berusaha sedaya upaya anda untuk menghidupkan budaya Islam dan menghapuskan budaya asing dalam setiap sudut hidup masyarakat. Budaya tersebut termasuklah cara mengucap salam, bahasa, sejarah, pakaian, perhiasan, waktu bekerja dan berehat, makan dan minum, waktu datang dan balik, waktu sedih dan gembira atau sebagainya. Berusahalah untuk mengamalkan sunnah dalam semua aspek tersebut.
25. Anda hendaklah memulaukan mahkamah tempatan dan semua undang-undang yang tidak Islamik. Anda juga perlu memulaukan semua kelab, akhbar, pertubuhan, sekolah dan badan yang bertentangan dengan fikrah Islam anda.
26. Anda hendaklah sentiasa merasai kehadiran Allah Taala, mengingati akhirat dan bersedia menghadapinya. Anda hendaklah melalui fasa bersuluk menuju keredaan Allah dengan penuh hemah dan azam yang tinggi. Anda hendaklah mendekatkan diri anda dengan Allah Taala dengan cara mendirikan ibadah sunat, antaranya sembahyang malam, puasa tiga hari setiap bulan sekurang-kurangnya, membanyakkan zikir dalam hati dan lidah, membaca doa yang disebutkan pada setiap masa.
27. Bersucilah dengan cara yang baik dan dalam banyak ketika cubalah berada dalam keadaan berwuduk.
28. Lakukanlah sembahyang dengan baik dan cubalah dirikan sembahyang pada waktunya. Berusahalah sedaya upaya untuk mendirikan sembahyang secara berjemaah di masjid.
29. Berpuasalah di bulan Ramadan dan kerjakanlah haji jika anda berkemampuan. Berusahalah jika boleh untuk merealisasikannya.
30. Anda hendaklah sentiasa semaikan niat untuk berjihad, cintakan mati syahid dan bersedia sedaya upaya anda untuk merealisasikannya.
31. Anda hendaklah sentiasa memperbaharui (***403) taubat dan memohon keampunan serta berwaspada supaya tidak melakukan dosa-dosa kecil apatah lagi dosa-dosa besar. Anda perlu peruntukkan sejumlah masa sebelum tidur untuk anda menilai apakah amalan baik dan tidak baik yang telah anda lakukan. Berusahalah menjaga masa kerana masa adalah hayat anda. Janganlah gunakan masa anda untuk sesuatu yang tidak berfaedah. Anda hendaklah bersifat warak terhadap perkara yang meragukan supaya anda tidak terjerumus melakukan perkara yang haram.
32. Anda hendaklah melawan diri anda dengan tegas supaya anda mampu memimpinnya. Anda perlu menutup pandangan mata anda, kawal emosi anda dan naluri semulajadi anda. Anda perlu sentiasa membawa diri anda hanya kepada yang dihalalkan. Anda perlu menjauhkan dirinya daripada perkara haram walau apa keadaan sekalipun.
33. Anda hendaklah menjauhi sama sekali semua minuman arak, minuman yang memabukkan dan yang mengkhayalkan walau apa jenisnya sekalipun.
34. Anda hendaklah menjauhi sahabat-handai yang tidak baik serta tempat-tempat yang penuh noda dan dosa.
35. Anda hendaklah menghapuskan tempat-tempat hiburan apatah lagi untuk mendekatinya. Jauhkanlah diri anda daripada segala gaya hidup yang mewah.
36. Anda hendaklah mengenali anggota katibah anda seorang demi seorang secara mendalam. Anda juga hendaklah memperkenalkan diri anda kepada mereka secara mendalam. Anda hendaklah menunaikan hak-hak persaudaraan mereka seperti kasih sayang, hormat, saling bantu-membantu dan sentiasa berikan mereka keutamaan. Anda hendaklah menghadiri perjumpaan bersama mereka dan janganlah anda menguzurkan diri kecuali kerana terpaksa. Anda perlu sentiasa berikan mereka keutamaan dalam setiap urusan anda.
37. Anda hendaklah menghentikan segala hubungan anda dengan mana-mana badan atau pertubuhan yang tidak membawa kepentingan kepada gagasan atau fikrah anda terutama apabila anda diminta untuk berbuat demikian.
38. Anda hendaklah berusaha untuk mengembangkan dakwah anda di mana jua dan memaklumkan kepada pimpinan anda setiap perkembangan anda. Jangan anda lakukan sesuatu yang boleh memberikan kesan yang besar kepada dakwah melainkan setelah anda terlebih dahulu meminta izin. Anda perlu sentiasa menjalin hubungan rohani dan amali dengan pimpinan. Anda hendaklah sentiasa merasakan anda adalah seorang tentera yang sedang berada dalam kem yang sentiasa menunggu arahan.
Wahai Saudara Yang Jujur,
Inilah dakwah anda secara ringkas. Inilah penjelasan ringkas tentang gagasan anda. Anda boleh simpulkan keseluruhan asas inidi dalam lima ayat:
Allah adalah matlamat kami.
Rasul adalah ikutan kami.
Al-Quran adalah panduan kami.
Jihad adalah jalan kami.
Mati syahid adalah cita-cita kami.
Anda juga mungkin boleh gabungkan gagasan ini dalam lima perkataan berikut:
Sederhana, membaca, sembahyang, ketenteraan dan akhlak.
Didiklah semua nilai-nilai ini ke dalam diri anda dengan bersungguh-sungguh. Jika tidak ruang untuk berpeluk tubuh bagi orang yang malas dan tidak berpendirian sentiasa terbuka luas.
Saya yakin jika anda amalkan semua nilai ini dan anda jadikan nilai ini sebagai impian serta matlamat hidup, anda pasti akan beroleh kegemilangan di dunia dan kesenangan serta keredaan di akhirat. Di kala itu, anda menjadi sebahagian daripada kami dan kami menjadi sebahagian daripada anda. Namun jika anda menolak dan berpeluk tubuh tiada lagi hubungan di antara anda dan kami walaupun anda begitu menonjol dalam majlis kami atau anda menjawat jawatan yang tinggi di kalangan kami atau anda terkenal dengan penampilan yang hebat. Anda akan dihisab oleh Allah sekeras-kerasnya kerana sikap anda yang berpeluk tubuh. Buatlah pilihan dan kami memohon semoga kita semua beroleh hidayah dan taufik Allah.
“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya?”
1.“Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya.”
2.“Serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).”Al-Saf: 10-11.
3.“(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu.”
4.“Dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga Adn. Itulah kemenangan yang besar.”
5. “Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah.”
6.“Dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.” (Al-Saf: 12-13)
Wahai orang-orang yang beriman! Jadikanlah diri kamu pembela-pembela (agama) Allah sebagaimana (keadaan penyokong-penyokong) Nabi Isa ibnu Maryam (ketika ia) berkata kepada penyokong-penyokongnya itu: Siapakah penolong-penolongku (dalam perjalananku) kepada Allah (dengan menegakkan agamaNya)? Mereka menjawab: Kamilah pembela-pembela (agama) Allah! (Setelah Nabi Isa tidak berada di antara mereka) maka sepuak dari kaum Bani Israil beriman, dan sepuak lagi (tetap) kafir. Lalu Kami berikan pertolongan kepada orang-orang yang beriman untuk mengalahkan musuhnya, maka menjadilah mereka orang-orang yang menang. (Al-Saf: 14)

[[Ubat Tenang Hati]]

Assalamualaikum wbt...Ibnu Qayyim pernah menegaskan bahawa dalam hati itu terdapat kekalutan yang tidak boleh diperbetulkan kecuali dengan mengadap kepada Allah1. Dalam hati itu terdapat sifat liar yang tidak mungkin dihilangkan kecuali dengan berjinak-jinak dengan Allah2. Dalam hati itu terdapat rasa dukacita yang tidak mungkin dihapuskan kecuali dengan merasa gembira dengan ma'rifat terhadapNya dan juga benar dalam bermuamalah dengannya3. Dalam hati itu terdapat perasaan keluh kesah yang tidak mungkin ditenangkan kecuali dengan berkumpul dan menumpukan diri kepadanya4. Dalam hati itu terdapat kegolojohan dan penyesalan yang tidak mungkin dipadamkan kecuali dengan redha dengan perintah, larangan dan qada' Allah dan menahan sabar menghadapi perkara tersebut sehinggalah ke masa pertemuan denganNya5. Dalam hati itu terdapat rasa kepapaan yang tidak mungkin disekat kecuali dengan perasaan kasih dan penyerahan diri kepadaNya,berterusan berzikir dan kebenaran keikhlasan kepadaNya. Jika dikurniakan dunia dan segala kandungannya kepada hati yang dihidapi perasaan papa maka ia tidak dapat menghilangkan perasaan tersebut.Wassalam.La Tahzan,innaAllaha ma'ana^__^~Moga tabah hati xberbelah bagi~

[[Punca Hati Keras Membatu]]

Assalamu'alaikum wbt...

Hati adalah sumber ilham dan pertimbangan, tempat lahirnya cinta dan benci, keimanan dan kekufuran, taubat dan sikap degil, ketenangan dan kebimbangan. Hati juga sumber kebahagiaan jika kita mampu membersihkannya namun sebaliknya ia merupakan sumber bencana jika kita gemar menodainya. Aktiviti yang dilakukan sering berpunca daripada lurus atau bengkoknya hati. Abu Hurairah r.a. berkata, "Hati adalah raja, sedangkan anggota badan adalah tentera. Jika raja itu baik, maka akan baik pula lah tenteranya.. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tenteranya". Hati yang keras mempunyai tanda-tanda yang boleh dikenali, di antara yang terpenting adalah seperti berikut:1. Malas melakukan ketaatan dan amal kebajikan Terutama malas untuk melaksanakan ibadah, malah mungkin memandang ringan. Misalnya tidak serius dalam menunaikan solat, atau berasa berat dan enggan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah. Allah telah menyifatkan kaum munafikin dalam firman-Nya yang bermaksud, "Dan mereka tidak mengerjakan sembahyang, melainkan dengan malas dan tidak (pula) menafkahkan (harta) mereka, melainkan dengan rasa enggan." (Surah At-Taubah, ayat 54)2. Tidak berasa gerun dengan ayat al-Quran Ketika disampaikan ayat-ayat yang berkenaan dengan janji dan ancaman Allah, hatinya tidak terpengaruh sama sekali, tidak mahu khusyuk atau tunduk, dan juga lalai daripada membaca al-Quran serta mendengarkannya. Bahkan enggan dan berpaling daripadanya. Sedangkan Allah S.W.T memberi ingatan yang ertinya, "Maka beri peringatanlah dengan al-Quran orang yang takut dengan ancaman Ku." (Surah Al-Qaf, ayat 45)3. Berlebihan mencintai dunia dan melupakan akhiratHimmah dan segala keinginannya tertumpu untuk urusan dunia semata-ma ta. Segala sesuatu ditimbang dari segi keperluan dunia. Cinta, benci dan hubungan sesama manusia hanya untuk urusan dunia sahaja. Penghujungnya jadilah dia seorang yang dengki, ego dan individulistik, bakhil serta tamak terhadap dunia.4. Kurang mengagungkan AllahSehingga hilang rasa cemburu dalam hati, kekuatan iman menjadi lemah, tidak marah ketika larangan Allah dilecehkan orang. Tidak mengamal yang makruf serta tidak peduli terhadap segala kemaksiatan dan dosa.5. Tidak belajar dengan Ayat KauniahTidak terpengaruh dengan peristiwa-peristiwa yang dapat memberi pengajaran, seperti kematian, sakit, bencana dan seumpamanya. Dia memandang kematian atau orang yang sedang diusung ke kubur sebagai perkara biasa, padahal cukuplah kematian itu sebagai nasihat. "Dan tidaklah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka diuji sekali atau dua kali setiap tahun, kemudian mereka tidak (juga) bertaubat dan tidak (pula) mengambil pel ajaran?" (Surah At-Taubah, ayat 126)Sahabat yang baik adalah lebih mahal dari segunung emas permata.

23 November 2008

Tarbiah Sebelum Berjuang Atau Berjuang Itu Satu Tarbiah?

Bacaan dari sirah perjuangan Rasulullah s.a.w. amat penting bagi pendakwah. Sirah menerangkan kepada kita kaedah dakwah. Dengan itu kami tidak menganggap membaca dan mengkaji sirah Rasulullah s.a.w. berkali-kali sebagai satu beban tambahan bagi pendakwah. Sebaliknya ia seumpama cahaya yang menyuluh perjalanan. Semakin tinggi kefahamannya terhadap sirah, semakin mudah untuk dia berjalan di dunia dakwah.
Di sini ingin kami kongsikan kepada pembaca satu fakta berkenaan sirah Rasulullah s.a.w. yang telah ditafsirkan secara silap oleh sebahagian pendakwah. Kesilapan penafsiran ini mungkin disebabkan oleh pembacaan yang tidak meluas terhadap sirah. Jika ini puncanya, ia suatu yang mudah untuk dibetulkan kembali. Apa yang kami bimbangi adalah jika ia lahir dari sikap, pandangan dan pendekatan yang sudah terpahat dan didoktrinkan di dalam pemikiran sebelum kajian terhadap sirah. Peristiwa-peristiwa dari sirah dipilih untuk menguatkan pandangan ini. Jika ini puncanya, perkongsian terhadap topik ini mungkin agak sukar.
Fasa-fasa Dakwah
Dakwah Rasulullah s.a.w. dimulakan dengan fasa kerahsiaan identiti, tanzim dan aktiviti dakwah selama tiga tahun. Sesudah itu ia masuk ke fasa berdakwah secara terang-terangan sesudah turunnya ayat: “dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu yang dekat.” (As-Syu’ara: 214). Ada kisah pertemuan-pertemuan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a. di rumah Arqam bin Abi Arqam, seorang pemuda yang pemilihan rumahnya memberikan beberapa kelebihan dari sudut keselamatan. Rasulullah s.a.w. juga berkata kepada mereka: “Tahan tangan-tangan kamu sebaliknya dirikanlah sembahyang dan tunaikanlah zakat.”
Fasa ini berterusan untuk satu tempoh. Persoalan timbul tentang tabiat fasa ini; adakah ia bermaksud para sahabat r.a. perlu ditarbiah untuk satu tempoh tertentu sebelum terlibat di dalam medan dakwah? Jika itu betul, adakah ianya kaedah yang diguna pakai juga kepada sahabat-sahabat r.a. yang memeluk Islam sesudah fasa ini; tarbiah untuk satu tempoh sebelum diberikan tugasan dakwah dan jihad? Jika itu adalah petunjuk dari sirah, adakah organisasi dakwah hari ini juga perlu mengambil kaedah yang sama?
Kajian terhadap jarak waktu di antara keislaman para sahabat r.a. dan penugasan dakwah dan jihad kepada mereka oleh Rasulullah s.a.w. tidak sekali-kali menyokong pandangan di atas. Sebaliknya apa yang kita dapati adalah sebaliknya.
Sahabat dan Tarbiah Rasulullah s.a.w.
Bilangan sahabat r.a. melebihi 100,000 orang. Ini jika sekiranya kita mengambil pandangan al-Hafiz Ibnu Hajar yang mentakrifkan sahabat r.a.: “Sesiapa yang hidup bersama Rasulullah s.a.w. untuk satu tempoh yang panjang atau pendek, yang meriwayatkan hadis daripada Baginda s.a.w. atau tidak meriwayatkan hadis, sesiapa yang ikut serta berperang bersama Baginda s.a.w. dan sesiapa yang tidak ikut serta, sesiapa yang pernah melihat Baginda s.a.w. walau pun tidak pernah duduk semajlis dengannya dan sesiapa yang tidak pernah melihat Baginda s.a.w. kerana sesuatu halangan seperti buta.” Dengan takrif itu termasuk di dalam kelompok yang disebut sebagai ‘bintang-bintang di langit’ ini semua yang pernah menghadiri haji wida’ (perpisahan). As-Syeikh Muhammad al-Khudari mengatakan bahawa bilangan mereka yang hadir di peristiwa haji wida’ (perpisahan) tersebut adalah seramai 90,000 orang. Jika kita campurkan bilangan baki sahabat r.a., ahli keluarga mereka di Madinah yang tidak ikut serta di dalam haji wida’ dan sedikit yang memeluk Islam selepas itu, bilangan itu sememangnya mencecah lebih 100,000 orang.
Pentarbiahan Rasulullah s.a.w. terhadap mereka berlaku dalam bentuk yang pelbagai. Tidak sama di antara seorang dengan seorang yang lain. Tetapi hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tentang para sahabat r.a. dan persaksian sejarah membuktikan penglibatan mereka - kesemua mereka - di dalam dakwah dan jihad. Dengan erti kata lain pentarbiahan yang pelbagai bentuk tersebut berjaya melahirkan lebih 100,000 orang pendakwah yang telah pun lulus ‘piawai’ tarbiah tersebut.
Jika kita mengkatogerikan para sahabat r.a. berdasarkan bentuk pentarbiahan yang mereka terima dari Rasulullah s.a.w. secara mudahnya kita boleh mengkatogerikan mereka kepada beberapa kategori.
Kelompok Pertama
Kelompok yang bersama dengan Rasulullah s.a.w. dari fasa Mekah sehingga ke hujung fasa Madinah. Mereka mendapat pentarbiahan yang langsung dari Rasulullah s.a.w. dalam setiap keadaan. Dorongan untuk mereka terlibat di dalam dakwah dan jihad dengan satu kesungguhan luar biasa dan dengan kaedah yang betul mudah untuk kita fahami. Rasulullah s.a.w. bersama mereka di setiap detik kehidupan mereka; menegur mereka, memberikan arahan, menasihat, mendidik dan membentuk.
Berapakah bilangan mereka?
Jika dibandingkan dengan bilangan sahabat r.a. keseluruhannya, nisbah bilangan mereka adalah terlalu kecil. Jika sekiranya kita tolak 183 orang lelaki dan 18 orang wanita di kalangan sahabat r.a. yang berhijrah ke Habsyah, bilangan mereka di kelompok ini tidak melebihi 200 orang. 200 dari 100,000 orang? Hanya 0.2% sahaja.
Apa bentuk pentarbiahan mereka? Apa bahan yang mereka bincangkan? Apakah suntikan tarbiah yang disuntik kepada mereka sebelum memulakan dakwah?
Dr. Jasim Muhammad Sultan berpendapat: “Rasulullah s.a.w. tidak meletakkan kadar suntikan tarbiah kepada seseorang muslim sebelum mereka terlibat di dalam projek-projek Islam kecuali dua kalimah syahadah. Tarbiah akan diteruskan selepas itu beriringan dengan peristiwa-peristiwa yang berlaku.”
Kami melihat kebenaran pada kata-katanya. Beberapa peristiwa yang berlaku kepada kelompok ini menyokong pandangan beliau.
Saidina Abu Bakar r.a. menyeru kepada Islam dari hari pertama dia mengucapkan dua kalimah syahadah. Di tangan beliau lima dari sepuluh yang dijamin masuk syurga oleh Baginda s.a.w. memeluk Islam. Mereka adalah Osman bin Affan r.a., Abdul Rahman bin Auf r.a., Saad bin Abi Waqqas r.a., az-Zubair bin al-Awwam r.a. dan Tolhah bin Ubaidillah r.a.
Di samping itu beliau juga menebus hamba yang memeluk Islam. Beliau juga mempertahankan Rasulullah s.a.w. dari sebarang gangguan.
Apa yang beliau lakukan hanyalah hasil dari kefahaman terhadap beberapa ayat al-Quran. Bukan perincian yang mendalam tentang Islam, tetapi hanya beberapa ayat.
Fakta yang cukup menarik juga kita dapati apabila kita mengkaji peristiwa keislaman Omar al-Khattab r.a. dan Hamzah bin Abd. Mutalib r.a. Mereka beriman di penghujung tahun kelima kenabian. Tetapi mereka mendahului sebahagian dari sahabat r.a. yang pernah ditarbiah di rumah Arqam bin Abi Arqam r.a. Saidina Omar r.a. sendiri termasuk di dalam kelompok 10 yang dijamin masuk syurga oleh Rasulullah s.a.w.; satu-satunya dari 10 orang itu yang masuk Islam selepas fasa rahsia pada tiga tahun pertama.
Berkenaan Saidina Omar r.a. ini Abdullah bin Mas’ud r.a. berkata: “Keislaman Omar r.a. adalah pembukaan. Hijrahnya adalah kemenangan. Pemerintahannya adalah rahmat. Kami tidak pernah bersembahyang di hadapan Ka’bah sehinggalah Omar r.a. memeluk Islam. Apabila dia memeluk Islam, dia melawan Quraisy dan bersembahyang di hadapan ka’bah. Lalu kami pun bersembahyang bersama-sama dengannya.”
Persoalan yang sama kita ajukan; apa bentuk pentarbiahan yang berlaku kepada Omar r.a.? Apa bahan yang dibincangkan? Apakah suntikan tarbiah yang disuntik kepada Omar r.a. sebelum memulakan dakwah?
Jawapannya akan kita dapati pada kata-kata Dr. Jasim Muhammad Sultan di atas.
Kelompok Kedua
Kelompok yang memeluk Islam kemudian diarahkan agar meninggalkan Rasulullah s.a.w. Mereka terbahagi kepada dua kategori; ahli rombongan hijrah ke Habsyah dan sahabat yang diminta kembali ke kabilah masing-masing.
Para sahabat r.a. yang berhijrah ke Habsyah berjumlah seramai 183 orang lelaki dan 18 orang wanita. Jumlah ini menyamai jumlah sahabat r.a. yang duduk kekal di Mekah. Rasulullah s.a.w. berkata kepada mereka dua tahun sesudah bermulanya fasa dakwah terang-terangan: “Apa kata jika kamu pergi ke bumi Habsyah. Di situ ada seorang raja, siapa berada di sisinya tidak akan dizalimi. Ia adalah bumi kebenaran. Duduklah di situ sehingga Allah mengeluarkan kamu dari kesengsaraan kamu sekarang.”
Mereka berada di sana bermula dari tahun kelima kenabian dan bergabung dengan Rasulullah s.a.w. selepas peperangan Khaibar pada tahun ketujuh hijrah. 15 tahun di Habsyah, jauh dari Rasulullah s.a.w. dan baki sahabat r.a. Tinggal di bumi Kristian yang mempunyai nilai sejarahnya sendiri. Berjiran dan dikelilingi oleh penganut agama Kristian yang ta’asub dengan ajaran itu dan mempertahankannya. Sedangkan mereka baru memeluk Islam. Bagaimanakah Rasulullah s.a.w. cukup berani mempertaruhkan nasib mereka? Siapa yang mentarbiah mereka di sana? Cukupkah bekalan yang mereka dapati di Mekah untuk hidup di bumi yang asing ini? Terjagakah iman mereka sebelum kita bertanya mampukah mereka berdakwah di sana?
Pentarbiahan berlaku dalam bentuknya yang tersendiri. Peristiwa-peristiwa yang berlaku di bumi Habsyah mematangkan mereka. Mereka menyempurnakan kefahaman dakwah mereka di situ selama 15 tahun; jauh dari sumber wahyu. Kemungkinan ayat-ayat yang turun kepada Rasulullah s.a.w. sampai kepada mereka dari hari ke hari walau pun mungkin terlalu lambat jika dibandingkan dengan para sahabat r.a. yang berada di Mekah. Itu adalah bentuk tarbiah terbaik yang kami jangkakan walau pun ia mungkin sekadar satu andaian. Apa yang pastinya, Rasulullah s.a.w. tidak ada di sisi mereka untuk menegur dan membimbing mereka setiap hari.
Satu lagi fakta menarik kami temui di dalam kelompok ini. Fakta ini membuktikan pengiktirafan Rasulullah s.a.w. terhadap pencapaian kefahaman dakwah dan jihad pada tahap tinggi yang mereka dapati di Habsyah. Ketua rombongan hijrah ke bumi Habsyah iaitu Ja’far bin Abu Talib r.a. dilantik oleh Rasulullah s.a.w. mengetuai ekspedisi perang Muktah hanya beberapa bulan sesudah tiba di Madinah dari Habsyah. Turut serta di dalam peperangan itu adalah Abdullah bin Mas’ud dan al-Miqdad bin al-Aswad r.a. Kedua-duanya adalah ahli rombongan hijrah ke Habsyah. Satu yang kami rasakan cukup menakjubkan dan cukup penting untuk dikaji oleh peminat-peminat ilmu tarbiah da’awiah harakiah.
Perkara yang lebih kurang sama berlaku kepada sahabat yang beriman dan diminta kembali ke kabilah masing-masing. Di antara mereka adalah Abu Zar al-Ghifari. Dia memeluk Islam di Mekah dan bertemu kembali dengan Rasulullah s.a.w. di Madinah bersama dengan dua kabilah yang telah memeluk Islam; kabilah Aslam dan Ghaffar.
Rasulullah s.a.w. pernah menyifatkan Abu Zar r.a.: “Seorang pemuda yang tepat ungkapannya kata-katanya.” Dengan kelebihan itu beliau r.a. menyeru kedua-dua kabilah tersebut kepada Islam.
Persoalan yang sama kita ajukan; apa bentuk pentarbiahan yang berlaku kepada Abu Zar r.a.? Apa bahan yang dibincangkan? Apakah suntikan tarbiah yang disuntik kepada Abu Zar r.a. sebelum memulakan dakwah dan berjaya mengislamkan dua kabilah yang besar?
Kelompok Ketiga
Suku Aus dan Khazraj yang dikenali sebagai kaum Ansor selepas penubuhan negara Islam Madinah. Sebahagian mereka beriman sebelum peristiwa hijrah tetapi kebanyakannya beriman ketika Rasulullah s.a.w. berada di Madinah. Mereka tidak pernah menerima pentarbiahan di Mekah seperti golongan Muhajirin. Mereka beriman di fasa jihad dan kemenangan Islam bukan fasa kerahsiaan dan fasa dakwah terang-terangan di Mekah. Mereka tidak berdepan dengan Quraisy dalam keadan Islam lemah. Mereka berdepan dengan kaum Quraisy dalam keadaan Islam kuat. Mereka tidak melalui fasa yang dilalui oleh golongan Muhajirin. Tetapi mereka memberikan sumbangan yang tidak kurang besarnya kepada Islam. Beberapa ayat al-Quran memuji golongan Ansar. Di antaranya firman Allah yang bermaksud:
“dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.” (Al-Hasyr: 9)

Allah sifatkan mereka sebagai ‘orang-orang yang berjaya’. Persaksian yang membuktikan kedudukan mereka yang tinggi di sisi Allah. Mereka berdakwah di awal keislaman mereka lagi.
Satu kisah berkenaan seorang Ansar bernama Nu’aim bin Mas’ud di dalam peperangan Ahzab ingin kami ketengahkan di sini sebagai bahan renungan kita semua. Beliau beriman di tengah-tengah peperangan Ahzab. Selepas keislamannya beliau bertemu Rasulullah s.a.w. dan bertanya kepada Rasulullah s.a.w. apa-apa yang ingin diminta beliau lakukan. Beliau sanggup melakukan apa sahaja.
Perhatikan detik-detik peristiwa yang berlaku kepada pemuda ini. Beliau terlalu baru memeluk Islam, tidak pernah menerima apa juga bentuk pentarbiahan dari Rasulullah s.a.w. dan bahkan mungkin tidak sempat langsung untuk menghafal walau pun satu potong ayat al-Quran. Arahan yang diberikan oleh Rasulullah s.a.w. kepada beliau menjadi panduan kita di dalam kajian tarbiah da’awiah harakiah. Beliau tidak diarahkan duduk di soff belakang dan ditarbiah dahulu oleh sahabat-sahabat besar. Sebaliknya Rasulullah s.a.w. memberikannya satu tugasan yang cukup berisiko dan dia berjaya melakukannya. Beliau berjaya menyelinap ke dalam kedua-dua kumpulan Quraisy dan Yahudi, mencetuskan perbalahan di antara kedua pihak dan membawa kepada kemenangan kepada Islam.
Apa yang mampu dipelajari oleh pemuda ini beberapa detik selepas keislamannya sehingga beliau dapat memainkan peranan yang besar ini?
Kelompok Keempat
Kaum Quraisy yang tidak beriman di fasa Mekah sebaliknya beriman di fasa jihad dan kemenangan Islam di Madinah.
Di antara mereka adalah Khalid bin al-Walid r.a. yang memeluk Islam selepas melihat keajaiban yang berlaku kepada tentera Islam di dalam peristiwa Hudhaibiah. Beliau memeluk Islam dan memimpin tentera Islam beberapa bulan selepas keislamannya. Kegemilangan beliau memimpin tentera Islam tidak perlu kita ketengahkan di sini. Ia adalah kisah yang masyhur dan tidak perlukan banyak penjelasan dibuat berkenannya.
Kelompok Kelima
Kelompok terpencil yang menyembunyikan keislaman mereka di Mekah. Mereka menzahirkan keislaman mereka sebelum pembukaan Mekah. Sebahagian daripada mereka memberikan sumbangan kepada Islam dalam bentuk-bentuk tertentu yang tidak dilakukan oleh sahabat-sahabat lain yang menzahirkan keislaman mereka.
Di antaranya adalah Abbas bin Abdul Mutallib r.a. Beliau menyaksikan peristiwa Bai’ah Aqabah kedua dalam keadaan belum memeluk Islam. Bahkan berlaku perbualan di antara wakil Ansor dengan beliau meminta persetujuan beliau sebelum mereka membuat keputusan untuk membawa Rasulullah s.a.w. ke Yathrib.
Bagaimana sumbangan kepada dakwah boleh berlaku dalam bentuk yang sedemikian? Satu lagi peristiwa yang mengajak kita untuk berfikir tentang topik penglibatan dakwah seseorang dan kaitannya dengan tarbiah.
Kelompok Keenam
Mereka adalah kelompok yang beriman selepas pembukaan Mekah. Mereka beriman sesudah Islam berjaya membuktikan kekuatan dan keunggulannya. Di antara mereka adalah Ikrimah bin Abu Jahl r.a., Suhail bin Amru r.a. dan Sofwan bin Umayyah r.a.
Mereka telah membuktikan di dalam sejarah tentang sumbangan mereka kepada Islam terutamanya di dalam siri-siri peperangan membenteras gejala murtad di seluruh Semenanjung Tanah Arab di zaman Saidina Abu Bakar r.a.
Berapakah jarak masa di antara pertemuan mereka dengan Rasulullah s.a.w. dan penglibatan mereka di dalam jihad tersebut? Ia adalah jarak yang cukup pendek.
Qaedah Sulbah
Qaedah sulbah adalah satu istilah merujuk kepada sekelompok manusia yang menjadi tulang belakang kepada umat Islam. Mereka akan bersama umat dalam kegembiraan dan kedukaan umat. Mereka mengorbankan segala yang mereka miliki untuk umat. Masa depan umat adalah masa depan mereka. Jiwa mereka tulus dan suci. Mereka ikhlas di dalam perkataan dan perbuatan. Mereka tidak memandang dunia sebagai matlamat hidup. Mereka membawa diri mereka menghampiri Allah dengan bertaabud kepadanya melalui segala amal baik mereka dan segala sumbangan mereka kepada umat. Nasib umat terletak di tangan mereka. Pencerobohan musuh tidak akan berjaya selagi mereka ada.
Bagaimanakah proses melahirkan qaedah sulbah ini?
Mereka tidak akan datang dari aktiviti tarbiah di bawah bumbung-bumbung dan di dalam bilik-bilik yang tertutup. Tetapi mereka datang dari medan dakwah yang mereka berada di dalamnya. Medan itulah yang akan melahirkan mereka dan yang akan mengasingkan mereka dari pendakwah-pendakwah yang tidak tulin.
Apa yang kami nukilkan di sini tidak bermaksud bahawa kami memperkecilkan isu tarbiah. Ramai pihak yang mengetahui bahawa kami mengambil berat isu tarbiah lebih dari orang lain.
Apa yang kami ingin ungkapkan di sini adalah kesempurnaan proses tarbiah itu sendiri sebenarnya tidak akan berlaku jika kita menghadkan aktiviti tarbiah tanpa penglibatan di dalam medan dakwah. Kehidupan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat r.a. menunjukkan kepada kita bahawa ia bukanlah dua perkara yang berasingan; yang pertama mendahului yang kedua. Tidak juga menunjukkan bahawa sesiapa yang lama ditarbiah akan lebih thabat bila masuk ke medan dakwah. Medan akan menyempurnakan tarbiah dan menguji thabat seterusnya melahirkan qaedah sulbah.
Kami juga tidak bermaksud dengan kefahaman yang sedikit maka pendakwah mesti terus terjun ke medan dakwah yang luas; apa juga bentuk dan saiz medan tersebut.
Membuka medan dakwah kepada pendakwah mesti dilakukan secara beransur-ansur berdasarkan tahap kemampuannya. Ia adalah perkiraan yang sukar dilakukan oleh kita. Tetapi kesukaran tersebut tidak seharusnya membawa kepada satu pendekatan mudah yang dilakukan oleh sebahagian pendakwah iaitu membuka terus medan dakwah kepada segala jenis pendakwah tanpa mengambil kira kemampuan dan kesesuaiannya. Bacaan dari sirah juga tidak menyokong pendekatan ini. Ada peranan yang mampu dimainkan oleh Abu Bakar r.a. tidak mampu dimainkan oleh orang lain. Ada peranan yang mampu dimainkan oleh Dihyah al-Kalbi r.a. tidak mampu dimainkan oleh sahabat-sahabat besar. Begitulah seterusnya kita dapati satu persatu penugasan dakwah yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dilakukan dengan cukup teliti.
Semoga dengan tulisan ini dapat membawa kita kembali meneliti bentuk pentarbiahan yang kita lakukan. Moga apa juga aktiviti tarbiah itu tidak akan menjadi penghalang kepada sampainya kebaikan yang kita miliki kepada umat Islam dan seterusnya menjadi sebahagian dari penyelesaian kepada masalah umat.

by Ustaz Muhammad Fauzi

20 November 2008



Kopi Tiruan
Menghadapi isu ini pehak HPA telahpun membuat lapuran kepada kementrian perdagangan untuk tindakan.Namun bagitu perkara ini bagitu sukar untuk diatasi kerana kumpulan ini bergerak dalam rangkaian yang terancang.Mereka telah mengusai pekedai pekedai yang hanya mahukan barang yang murah.Selain daripada itu lapuran polis juga dibuat dan menunggu masa untuk tangkapan.Namun bagitu ahli-ahli HPA terus berjuang mempertahankan edaran kopi asli walaupun banyak kedai-kedai yang enggan berhubungan dengan mereka lagi.Dalam keadaan itu pemintaan kopi radix semakin tinggi mencatat jualan tertinggi bagi kopi 3 in 1.Kopi Radix kini mula bersaing dengan nescafe yang telah menguasai pasaran dinegara ini sejak merdeka.Kebimbangan ini lebih ketara apabila kopi radix benar-benar memberikan khasiat kesihatan.Mereka yang lemah tubuh badan akan dapat merasakan perbezaan antara minum kopi radix,kopi radix tiruan dan nescafe.Apa yang malang baru-baru ini HPA di minta oleh nescafe melalui surat lawyer agar tidak menggunakan iklan mug merah kerana dikatakan itu adalah milik mereka.Kalau tidak HPA kini sudah mula dilihat sebagai pesaing sudah tentu isu mug ini tidak akan timbul.HPA mengambil langkah akan mencari warna mug yang lain bagi mengelakan perselisihan faham yang panjang.Namun bolehkan Nescafe mengubat hati pengedar HPA seramai 450 ribu orang yang menyatakan isu seperti "pukul anak,sindir menantu".HPA akan terus berjuang......
Dihantar JawiHerbShop

17 November 2008

PENGERTIAN DAN KEUTAMAAN AL-MA'THURAT

1. Al- Ma'thurat merupakan wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut...
2. Wirid, doa, zikir dan istighfar dalam Al- Ma'thurat ini akan memantapkan jiwa di samping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan. Mendidik hati agar sentiasa merindui kepada Ilahi dan memberi kelapangan hidup dan kesihatan jasmani...
3. Bagi seorang muslim masanya tidak berlalu begitu saja. Dikala pagi dan petang ia sentiasa bertasbih, istighfar, tahmid dan berdoa kepada Allah dengan zikir yang ma'thur ( yg berasal daripada Nabi SAW )...
4. Jika sesiapa mengamalkan zikir Al- Ma'thurat ini akan merasakan perbezaannya dengan hari2 yang tidak dimulakan dengan zikir Al- Ma'thurat. Begitulah kekuatan doa2 dan wirid dalam Al- Ma'thurat ini sebagai senjata mukmin...Beramallah sesuai dengan ajaran Islam, iaitu seperti yang diamalkan oleh Rasulullah SAW. Orang2 mukmin yg sejati akan mengisi ruang masanya dengan berbagai amalan dan ibadah yang akan mendekatkan dirinya dengan Allah SWT. Bibirnya sentiasa basah dalam berzikir, membesarkan dan mengagungkan Allah Yang Maha Mulia, kemudian berdoa untuk mengharapkan keredhaan Rabb. Tiada sesuati yang lebih beerti dlm kehidupan seorang insan melainkan mendapatkan keredhaan Allah...Setiap individu baik sebagai pemimpin dalam rumah tangga, masyarakat dan negara serta para pendakwah hendaklah mengamalkan dan menghayati zikir Al-Ma'thurat. dengan membaca zikir2 yang diamalkan oleh Rasulullah ini beerti kita telah membentengi diri kita dengan senjata yg kukuh, sehingga terhindar dari gangguan syaitan yang terkutuk...Oleh sebab itu Al- Syahid Imam Hassan Al Banna telah membina jalan yang baik untuk mengikut sunnah Rasulullah SAW. Beliau telah memilih dan menyusun al- Ma'thurat dgn mengharapkan bimbingan daripada Allah SWT agar terhindar daripada gangguan syaitan yang penuh angkara murka. Maka alangkah baik setiap diri muslim mengamalkan zikir al-Ma'thurat ini pada setiap pagi dan petang, siang dan malam.Al- Ma'thurat dimulai dengan ucapan " Aku bermohon perlindungan Allah, Maha Mendengar, Maha Mengetahui dari setiap syaitan yang direjam" , mengandungi erti bahawa setiap jiwa kita sebelum melakukan aktiviti harus menyerahkan diri kepadaNya. Ucapan itu juga menunjukkan betapa besarnya harapan seorang hamba kepada Allah, kemudian berusaha untuk terhindar dari sesuatu yang dapat menyesatkan jiwa seseorang dari mengingat Allah...Bacaan dan zikir yang terkandung dalam zikir Al-Ma'thurat terdapat beberapa keutamaan yang dijanjikan oleh Allah SWT terhadap utusanNya Nabi Muhamaad SAW. Hanya insan yang mengetahui betapa besarnya nilai doa dalam kehidupan jiwa sehingga menghayati dan mengamalkannya dalam kehidupan sehari...

p/s : maaf jika informasi ana ini tidak banyak membantu...wallahua'lam...

13 November 2008

Kerajaan dipersoal kos projek 'High Speed Broadband' tinggi

Kos perbelanjaan Projek 'High Speed Broadband' yang dijalankan Telekom Malaysia lebih mahal iaitu melebihi RM11 bilion, sedangkan terdapat kaedah lain yang jauh lebih murah dari itu.Terdapat kaedah yang lebih murah iaitu tidak sampai RM5 bilion, iaitu 'Digital Power Line' (DPL) yang boleh dimanfaatkan kerajaan di saat krisis kewangan melanda.Dalam masa yang sama, kerajaan boleh terus memberi peluang perniagaan kepada TNB agar mereka boleh menyewa kepada mana-mana syarikat komunikasi yang menggunakan DPL ini. "Kaedah DPL ini menggunakan teknologi digital dengan menggunakan tenaga fiber optik sedia ada, tanpa perlu membina infra baru yang jauh lebih mahal,"Sekiranya kaedah DPL ini digunakan, kerajaan dapat mengurangkan kos seperti kos pembaca meter, selain boleh membuat kaedah 'top up' seperti telefon.
Dengan menggunakan projek TM ini, aliran kewangan negara akan ke luar kerana terpaksa membeli peralatan dari luar, sedangkan kerajaan tidak perlu berbuat demikian jika memanfaatkan kaedah DPL. "Apabila kita membeli peralatan dari luar, kita terus menjadi pengguna teknologi, sedangkan teknologi kita ada. Mengapa tidak kita membangunkan teknologi? Memang 'High Speed Broadband' itu perlu, tetapi ia tidak menyeluruh berbanding DPL yang lebih menyeluruh,"
Posted by MahfuzOmar

SEJARAH RINGKAS PERGERAKAN YAHUDI

OLEH : HAJI HANAFI RAHMAN EL FESFANJI KEMASUKAN YAHUDI KE TURKI DAN KEKACAUAN-KEKACAUAN
Untuk membangunkan Istanbul, bandar yang baru untuk di majukan, Sultan Sulaiman al Qanuni (926H/1520M- ?/1566M) telah membawa masuk Yahudi dari Teluk balkan untuk menjadi buruh-buruh kasar di Istanbul.
Sebelum ini , khalifah-khalifah uthmaniyyah yang terdahulu telah menyelamatkan mereka dari di bunuh oleh Pemerintah Kristian di Sepanyol dengan membantu mereka masuk ke Bulgaria dan menyediakan kehidupan yang selamat untuk mereka. Dengan gaji yang murah, mereka sanggup menjadi buruh-buruh kasar di Istanbul dan mentaati kerajaan Uthmaniyyah.
Dua ratus tahun sebelum Uthmaniyyah di gelar orang tua sakit Eropah, sebahagian mereka telah dapat menjawat jawatan penting dalam pentadbiran termasuk dalam ketenteraan , manakala sebahagian yang lain pula menjadi taukeh-taukeh yang memiliki gedung perniagaan yang besar .
Setelah kedudukan mereka kuat dan teguh, mereka telah mendesak Uthmaniyyah agar memberikan Palestin kepada mereka, bersama seruan Yahudi yang bersifat global untuk menubuhkan Negara mereka yang merdeka di Palestin.
Pada tahun 1840, sebagai suatu kesedaran baru di kalangan orang-orang Yahudi berikutan kejayaan mereka dalam perancangan colonial yang sedang berlaku di sebahagian besar Dunia Islam.
Dari sini, maka seruan untuk kembali ke Palestin mewujudkan Negara Yahudi merdeka yang berasingan dari Negara-negara penjajah lain telah di laung-laungkan oleh Perdana Menteri British (1840) Frankrut BilMereston . pada tahun 1897, sebuah organisasi yang di bernama zionisme telah ditubuhkan di Swaziland untuk tujuan-tujuan tersebut.
Bermula dari tarikh tersebut,golongan yahudi di Turki telah menjadi sebahagian dari tulang belakang yang bergerak aktif untuk mencapai impian tersebut. Beberapa usaha telah di jalankan oleh golongan Yahudi di Turki termasuk menyogokkan kepada khalifah-khalifah Uthmaniyyah rasuah politik.
Sultan Abdul Hameed II (1876-1909) telah mendedahkan bagaimana ia telah di tawarkan dengan wang pound yang banyak dan beberapa kereta mewah supaya memberikan tanah di Palastin kepada orang-orang Yahudi. Melalui pakatan Yahudi, apabila Sultan Abdul Hameed menolak tawaran tersebut, beliau telah di lucutkan jawatan khalifah dan demikianlah mereka lakukan kepada khalifah-khalifah lain sehingga kerajaan tersebut jatuh dalam Perang Dunia Ke Dua
Dalam masa yang sama, British yang mana pekerja-pekerjanya adalah merupakan Yahudi Eropah yang beerasal dari luar Turki juga turut menjalankan dasar melemahkan pemerintahan Uthmaniyyah dengan cara menghasut pemimpin-pemimpin di wilayah Uthmaniyyah supaya bangkit secara bersenjata menentang Uthmaniyyah.
Mereka telah menjanjikan untuk membekalkan senjata kepada pemberontakan as Sanusiyyah di Afrika, Sharef Hussain Ibn Ali di Hijjaz(1856-1931), gerakan al Wahhabiyyah di Saudi-Iraq dan sebagainya.
PALESTIN DI BAWAH NAUNGAN BRITISH
Berikutan lenyapnya Uthmaniyyah dari muka bumi ini , super power yang di geruni selama lima ratus tahun, pihak bersekutu telah menubuh suatu organisasi politik yang di namakan League of nations bertujuan untuk mengelakkan peperangan. Ini kerana desakan penduduk Eropah yang terpaksa menanggung kerugian nyawa yang banyak akibat harga perang yang sangat mahal.
Selepas Perang Dunia Pertama, banyak negeri –negeri bekas wilayah Uthmaniyyah yang telah lama bergelar Orang Tua Sakit Di Eropah telah di serahkan kepada British , termasuklah Palestin telah di serahkan di bawah Naungan British,
Suatu polisi yang melarang penduduk palastin mengekport hasil mahsul mereka sebagaimana yang telah berjalan lama sebelum perang telah di perkenalkan. Ini menyebabkan Palastin mengalami krisis ekonomi yang teruk.
Sebagai usaha memulihkan keadaan tersebut, British telah menggalakan penduduk-penduduk tempatan supaya menjual sebahagian tanah-tanah yang mereka miliki. Ekoran dari Muktamar Yahudi Antarabangsa ke 5, Jewish National Fund telah di daftar sebagai suatu badan kewangan yang di lindungi British untuk tujuan membiayai pembelian tanah-tanah Palestin.
Apabila rancangan jahat yang terselindung di sebalik memperkemaskan ekonomi Palastin ini ke sedari oleh Ulama-Ulama, seorang pemimpin mereka, al Qadhi Mohamad Amen al Husaini telah mengeluarkan fatwa mengharamkan kepada penduduk Palastin dari menjual tanah kepada orang-orang Yahudi.
Dengan menyatakan sebab pengharaman tersebut adalah kerana orang-orang yahudi yang membeli tanah adalah bertujuan untuk merampas Palastin daripada menjadi hak milik orang-orang Islam. Namun begitu, Yahudi telah berjaya mempengaruhi segelintir masyarakat Islam Palastin supaya memperlekehkan fatwa tersebut. Akhirnya fatwa tersebut tidak di endahkan, al Qahdi Mohamad Amen al Husaini di pecat dari jawatan tersebut dan telah mati di bunuh oleh orang-orang Yahudi dalam satu pertempuran
Dalam kemelesetan Ekonomi akibat inflasi yang teruk melanda dunia selepas Perang Dunia Pertama , Perdana Menteri British, Winston Churchill (1874-1960) telah memujuk ahli-ahli perniagaan yang kaya raya agar membiayai perang tersebut. Ahli-ahli perniagaan Yahudi telah bersetuju untuk membiayai perang dengan syarat , sebagai bayarannya, pihak British perlulah menyediakan satu negara yang sah untuk orang-orang yahudi di Palestin. Permintaan ini tidak sulit bagi British untuk di tunaikan kerana tanah tersebut adalah naungannya.
SELEPAS PERANG DUNIA KEDUA
Selepas Perang dunia kedua, British telah memperolehi kemenangan besar menentang musuh-musuhnya. Maka hutang perang di tuntut supaya di lunaskan, tibalah masanya untk mewujudkan Negara Israel. League of Nations telah buburkan kerana kegagalannya dan digantikan United nations yang telah di tubuhkan pada awal 1948 . Usaha-usaha seterusnya di pergiatkan sehingga tertubuhnya Israel beberapa bulan selepas itu pada tahun yang sama
posted by Nasrudin bin Hassan at Tantawi

Al Wala' wa Al Bara'

بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله والصلا ة والسلام على رسول الله وعلى آله وأصحابه ومن نصره و واله
1.0 Muqaddimah
Konsep al Wala’ dan al Bara’ perlu difahami malah dihayati oleh setiap individu muslim amnya dan pemimpin Gerakan Islam khasnya. Asasnya ialah untuk meletakkan kita jernih aqidah , tulen ibadah , benar amalan dan jelas fikrah bersama perjuangan Islam yang kita dokong biarpun kita berhadapan dengan apa jua situasi .
2.0 Pengertian Al Wala’ dan Al Bara’
2.1 Pengertian Al Wala’ dari segi bahasa
Berasal daripada perkataan ولى- يلى- وليا ولاية ولاءyang membawa maksud dekat, kasih, mengikut, memberi pertolongan, memberi perlindungan dan sebagainya[1].
2.2 Pengertian Al Bara’ dari segi bahasa
Berasal daripada perkataan برئ- يبرأ- براء براءة yang membawa maksud bebas, peringatan, tajarrud atau berlepas diri[2].
2.3 Pengertian Al Wala’ dari segi istilah
Tidak ada satu kalimah dalam bahasa Melayu yang dapat mengungkapkan secara keseluruhan makna wala’. Al Wala’ biasa ditakrifkan sebagai meletakkan kecintaan yang sebenar serta kesetiaan dan penghormatan yang tinggi kepada pimpinan yang disertakan dengan sokongan dan bantuan sama ada berbentuk nyata atau tidak.
Secara tepatnya kalimah wala’ terangkum di dalamnya beberapa pengertian iaitu;
Memberikan kasih-sayang Memberikan ta’at-setia yang tidak berbelah-bagi Mengangkat sebagai pemimpin, Mengormati, Menjadikannya sebagai teman-rapat atau sekutu, Memberi kepercayaan, Tempat mencurahkan bantuan dan pertolongan
2.4 Al Bara’ dari segi istilah
Syaikh Muhammad Al Qahtani menyebutkan Al Bara’ adalah[3]:
“Menjauhkan dan mengasingkan diri, bermusuhan setelah memberi peringatan”
Ia juga boleh difahami sebagai, tidak meletakkan kecintaan yang sebenar serta kesetiaan dan penghormatan yang tinggi kepada pimpinan, seterusnya membenci, menamatkan hubungan dan mengadakan permusuhan sama ada berbentuk nyata atau tidak
3.0 Konsep Al Wala’ dan Al Bara’ dalam Jama’ah Islam
3.1 Kepentingan Al Wala’ dan Al Bara’ dalam Jamaah Islam
Wala’ merupakan asas terpenting dalam sesebuah jamaah Islam. Setiap orang yang berada di dalam jamaah tersebut mestilah memberikan wala’ kepada pimpinan kerana tanpa wala’, sesebuah jamaah akan hancur dan mudah diperkotak-katikkan oleh pihak musuh yang akan mengakibatkan matlamat untuk menegakkan agama Allah SWT tinggal angan-angan sahaja. Saidina Umar ada menyatakan:
لا إسلام بلا جماعة ولا جماعة بلا أمير ولا أمير بلا طاعة
Tiada Islam tanpa jama’ah, tiada jama’ah tanpa pemimpin, tiada pemimpin tanpa ketaatan.
Islam mewajibkan penganutnya memberikan wala, ketaatan dan kesetiaan yang sepenuhnya kepada pimpinan dan haram sama sekali menderhaka atau enggan menurut perintah. Perkara ini dijelaskan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran:
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada "Ulil-Amri" dari kalangan kamu[4].
Rasulullah juga menjelaskannya di dalam hadis Baginda:
حدَّثنا مسدَّد حدَّثَنا يحيى بن سعيد عن شعبةَ عن أبي التيّاح عن أَنس بن مالك رضيَ اللَّه عنه قال: قال رسول اللَّه صلى الله عليه وسلم: «اسمعوا وأطيعوا وإنِ استعملَ عليكم عبدٌ حبشيٌّ كأنَّ رأسه زَبيبة».
Dengar dan taatilah, walaupun kamu dipimpin oleh seorang hamba Habasyi yang rambutnya seperti kismis.[5]
Di dalam kitab النظام السياسى فى الاسلام Doktor Muhammad Abdul Qodir Abu Faris ada menyatakan tentang empat rukun utama kepada siasah atau pemerintahan Islam yang sebenar. Setiap pentadbiran atau kerajaan yang tidak memenuhi ciri-ciri tersebut, tidak boleh dinamakan dengan pentadbiran atau kerajaan Islam.
Rukun tersebut ialah:
1- الحاكمية لله 2-العدل والمساواة 3-الطاعة 4-الشورى
3.2 Syarat-syarat Al Wala’
Di sini jelas menunjukkan kepada kita bahawa Al Wala’ dan Al Bara’ merupakan suatu perkara yang sangat ditekankan oleh Islam. Namun, wala’ kepada pimpinan bukan berbentuk mutlak seperti Al-Wala’ yang diberikan kepada Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W. Ia perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
1- Pemimpin tersebut hendaklah menjalankan syariat Islam. Mana-mana pemimpin yang menolak hukum Allah SWT, maka haram kita memberikan wala’ kepada mereka. Firman Rabbul Izzati:
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada Allah dan Rasul-Nya jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Yang demikian adalah lebih baik, dan lebih elok pula kesudahannya[6].
Ulamak tafsir menyatakan bahawa perkataan أطيعوا tidak diletakkan sebelum perkataan أولى الأمر kerana tidak semua pemimpin mesti ditaati. Seterusnya mereka menyatakan bahawa sekiranya pemimpin tidak mengikut syariat Islam maka rakyat yang berada di bawah tidak boleh taat dan hendaklah kembali kepada Allah S.W.T. dan Rasulullah S.A.W.
2- Pemimpin tersebut mestilah memerintah dengan adil dan saksama bertepatan dengan Al-Quran dan Al-Sunnah. Maka kita hendaklah berlepas diri (bara’) daripada pemimpin yang zalim, melakukan penyelewengan dan tidak memerintah dengan adil. Kata Khaliq Azza Wa Jalla:
Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu supaya menyerahkan amanah kepada ahlinya, dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat[7].
3- Pemimpin tersebut hendaklah sentiasa menyuruh rakyatnya melakukan kebaikan dan melarang mereka daripada melakukan maksiat. Ketaatan tidak boleh diberikan kepada pemimpin yang menyuruh atau menggalakkan rakyatnya melakukan maksiat seperti mendirikan pusat-pusat pelacuran, hiburan, judi dan sebagainya.
Imam Muslim meriwayatkan satu kisah yang berlaku kepada utusan Nabi Muhammad S.A.W. yang diperintahkan oleh pemimpin mereka untuk masuk ke dalam api yang dinyalakan:
حدّثنا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى وَ ابْنُ بَشَّارٍ وَاللَّفْظُ لابْنِ الْمُثَنَّىٰ. قَالاَ: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ. حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ زُبَيْدٍ عَنْ سَعْدِ بْنِ عُبَيْدَةَ عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَـٰنِ عَنْ عَلِيَ ، أَنَّ رَسُولَ اللّهِ بَعَثَ جَيْشاً وَأَمَّرَ عَلَيْهِمْ رَجُلاً. فَأَوْقَدَ نَاراً. وَقَالَ: ادْخُلُوهَا. فَأَرَادَ نَاسٌ أَنْ يَدْخُلُوهَا. وَقَالَ الآخَرُونَ: إنَّا قَدْ فَرَرْنَا مِنْهَا. فَذُكِرَ ذَلِكَ لِرَسُولِ اللّهِ فَقَالَ، لِلَّذِينَ أَرَادُوا أَنْ يَدْخُلُوهَا: «لَوْ دَخَلْتُمُوهَا لَمْ تَزَالُوا فِيهَا إلَىٰ يَوْمِ الْقِيَامَةِ» وَقَالَ لِلآخَرِينَ قَوْلاً حَسَناً. وَقَالَ: لاَ طَاعَةَ فِي مَعْصِيَةِ اللّهِ. إنَّمَا الطَّاعَةُ فِي الْمَعْرُوفِ
Nabi bersabda kepada golongan yang ingin mentaati perintah tersebut: “Sekiranya kamu masuk ke dalamnya nescaya kamu akan kekal di dalamnya sehingga hari kiamat.” Dan bersabda kepada mereka yang mengingkarinya dengan kata-kata yang baik: “Tiada ketaatan pada maksiat kepada Allah. Sesungguhnya ketaatan hanya kepada yang makruf.”[8]
Al-Imam ِAs-Syahid Hasan Al-Banna ada menyatakan:
"Apabila kerajaan itu dapat menunaikan kewajipan-kewajipan ini dengan sempurna, maka wajiblah ke atas rakyat seluruhnya menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi kepadanya serta memberikan pelbagai pertolongan dengan jiwa raga dan harta benda. Kita juga harus memahami bahawa pemimpin berhak menyuruh orang bawahannya melakukan perkara-perkara yang wajib, sunat dan harus. Manakala dalam masalah khilafiyah, rakyat wajib akur kepada arahan atau ijtihad pimpinan meskipun arahan atau ijtihad tersebut bercanggah dengan pendapat mereka supaya jamaah Islam tetap utuh dan tidak tergolong ke dalam mereka-mereka yang di murkai oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW".
Sabda Rasulullah SAW:
حدّثنا أبو النُّعمان حدَّثنا حمادُ بن زيدٍ عن الجَعدِ أبي عثمانَ حدَّثني أبو رجاءٍ العُطارديُّ قال: سمعت ابنَ عباسٍ رضي اللَّهُ عنهما عنِ النبيِّ صلى الله عليه وسلم قال: «من رأى من أميرِه شيئاً يكرَهه فلْيصبرْ عليه، فإِنه من فارقَ الجماعةَ شبراً فمات إلا مات مِيتةَ جاهليةً
Sesiapa yang melihat pemimpinnya perkara yang tidak disukainya, maka hendaklah dia bersabar. Sesungguhnya sesiapa yang memecah-belahkan jamaah walaupun sejengkal lalu mati, maka tidaklah matinya itu kecuali mati dalam keadaan jahiliyyah.[9]
Dan sabdanya lagi:
وَأَنَا آمُرُكُمْ بِخَمْسٍ الله أَمَرَنِي بِهِنَّ: السَّمْعِ وَالطَاعَةِ وَالْجِهَاد وَالْهِجْرَةِ وَالْجَمَاعَةِ، فَإِنَّهُ مَنْ فَارَقَ الْجَمَاعَةَ قِيْدَ شِبْرٍ، فَقَدْ خَلَعَ رِبْقَةَ الإِسْلاَمِ مِنْ عُنُقِهِ إِلاَّ أَنْ يرَجِعَ. وَمَنْ ادَّعَى دَعْوَى الْجَاهِلِّيةِ، فَإِنَّهُ مِنْ جُثَى جَهَنَّمَ، فَقَالَ رَجُلٌ يَا رَسُولُ الله وَإِنْ صَلَّى وَصَامَ؟ فَقَالَ وَإِنْ صَلَّى وَصَامَ. فَادْعُوا بِدَعْوَى الله الَّذِي سَمَاكُم المُسْلِمِينَ المُؤْمِنينَ عِبَادَ الله...
“Aku menyuruh kamu dengan lima perkara yang Allah memerintahkan aku dengannya: Dengar, taat, jihad, hijrah dan jama’ah. Sesungguhnya sesiapa yang memecah belahkan jama’ah walau sejengkal, maka ia telah mencabut Islam dari lehernya, kecuali jika dia kembali. Sesiapa yang menyeru dengan seruah jahiliyyah, maka sesungguhnya dia sedang berjengket di atas neraka”. Lalu berkata seorang lelaki: “Wahai Rasulallah, walaupun dia solat dan puasa?” Jawab baginda: “Walaupun dia solat dan puasa. Serulah Allah yang menamakan kamu sekalian Muslimin Mukminin sebagai hamba-hamba Allah.”[10]
Kaedah menyebutkan:
الولاء لأهل الحق والبراء من أهل الباطل
al Wala' bagi ahli Haq ( orang yang perjuangkan kebenaran ) dan al Bara' daripada ahli batil ( orang yang melakukan kebatilan )
[1] Lihat Ibnu Manzur, Lisanul Arab, jld 3, m.s 985 – 986 dan Alfairuz Abadi, Alqamusul Muhit, jld 4, m.s 294, cet. 3 [2] Ibid, Ibnu Manzur, jld 1, m.s 183, ibid, Alfairuz Abadi, jld 1, m.s 8 [3] Lihat, Al Wala’ Wal Bara’ Fil Islam, m.s 90 [4] Surah An Nisa’ : 59 [5] Sahih Bukhari, jld 6,hadis 6723 [6] Surah An-Nisa : 59 [7] Surah An-Nisa : 58 [8] Sahih Muslim, jld 3, hadis no. 1840 [9] Sahih Bukhari, jld 6, hadis no. 6646 [10] Sunan Tirmizi, jld 8, hadis no. 2941
posted by Nasrudin bin Hassan at Tantawi

AMARAN PRESIDEN FORMULA PERKUKUHKAN PAKATAN

AMARAN PRESIDENFORMULA PERKUKUHKAN PAKATAN Sebuah wawancara antara Mingguan Wasilah dengan al fadhil Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz .( EXCO DPP Pusat )Siri Ketiga : ( akhir ) Apabila Muktamar memutuskan muqabalah boleh diteruskan , adakah ini bermakna PAS masih terbuka dengan tawaran UMNO ?UMNO sekarang pun tidak ada masa lagi hendak bermuqabalah . Cuma saya dimaklumkan apabila muktamar memutuskan demikian , ramai dikalangan pimpinan dan ahli parlimen kita yang bertemu dengan orang UMNO dan mereka gembira untuk berbincang dengan berani kerana mereka dibenarkan secara jelas .dan mereka mengatakan adalah satu keuntungan dapat bercakap dengan ahli parlimen UMNO kerana perbuatan mereka adalah bentuk dakwah . Barulah seruan dakwah itu dapat disampaikan dengan lebih jelas , kita boleh berotahu mereka Islam bagaimana yang kita mahu dan ahli UMNO dengar dan kita boleh tahu luahan dari mereka pula .Ini dibuat oleh ahli - ahli parlimen , masing - masing berhubung dengan orang - orang yang mereka kenal , maknanya diperingkat tertinggi pun ada muqabalah dan peringkat pimpinan bawahan pun ada dan ini memberi satu kesan yang besar .Walaupun kita boleh terima beberapa hujjah ( yang bimbangkan risiko muqabalah ) , tapi antara benda baik yang perlu diperhatikan dengan muqabalah ialah keyakinan orang melayu kepada PAS .Kita tahu orang melayu tidak berubah dalam pilihanraya umum 2008 baru - baru ini , yang berubahnya hanya sedikit . Banyak di Kelantan sahaja , di tempat lain terlalu sedikit . Mereka masih dipihak UMNO dan memberi keyakinan kepada UMNO berbanding PAS dan PKR .Tetapi kita kena ingat dalam keadaaan UMNO itu begitu letih , PAS melalui muqabalah "mengambil" perjuangan UMNO . ( Dalam keghairahan ) menyebut hendak bela melayu dan Islam , akhir sekali apabila PAS mengambil sikap terbuka untuk mengadakan muqabalah , orang yang bukan UMNO totok , orang atas pagar yang mengundi UMNO sebelum ini , mereka melihat PAS ini rupa - rupanya berjuang untuk semua , bukan sahaja Islam cara PAS bahkan semua perjuangan yang UMNO hendak perjuangkan itu , PAS ambil peduli belaka .Maknanya bila - bila masa mereka hendak tinggalkan UMNO memang boleh kerana sudah ada parti yang jadi alternatif .Kalau PAS menolak dan mengambil sikap keras , tidak mahu muqabalah atau muzakarah dengan UMNO , maka akan kekallah golongan majoriti melayu dalam keadaan was - was dan tidak yakin dengan PAS . Ini kelebihan dari keputusan muqabalah .Saya mendapat makluman , para ilmuwan di universiti dan pegawai - pegawai kerajaan berasa seronok kerana PAS sanggup hulur tangan untuk muzakarah dengan UMNO untuk memberitahu UMNO ini yang dikehendaki oleh Islam . Ini benda baik . Orang nampak PAS terbuka dan tidak gila kuasa meninggalkan melayu .Majoriti melayu masih bersama UMNO , bila PAS memilih bersama DAP dan PKR , mereka merasa PAS mahukan kuasa dan tidak hiraukan kepentingan melayu dan Islam , tetapi bila kita ambil tahu kedua - duanya , PKR pun kita sokong , UMNO pun kita tidak tinggal , ini satu kelebihan kepada kita .Cuma suasana dalam masyarakat itu yang tidak menyebelahi Presiden , kerana 'kepanasan' suasana , kerana kita terlalu seronok , terlalu ghairah hendak mengambil kuasa , kesungguhan menyebabkan kita tidak mahu dengar bend a- benda yang menyekat pergerakan dalam Pakatan Rakyat .Sedangkan ( mengikut kaedah ) Islam apabila kita buat hubungan dengan parti - parti bukan Islam , kita kena bergerak penuh hati - hati . Semua orang tahu bahawa situasi politik hari ini adalah situasi politik baru di mana kerajaan BN kedudukan mereka amat tergugat . Ini tidak pernah berlaku dalam sejarah kemerdekaan sampai sekarang , ini saat paling getir bagi BN dengan suasana politik mereka tidak tentu hala .Maka pada masa ini , PAS mesti ambil peranan tentukan arah masa depan . Kalau ANwar hendak menentu arah cara dia , DAP hendak menentukan arah cara dia , PAS pun mesti tunjuk arah dia . Masing - masing hendak memenangi situasi . Dan mestilah kita sebagai seorang muslim , kita mahu kemenangan itu berpihak kepada Islam .Ada orang pertikai melalui kerjasama PAS dalam Pakatan mahu membentuk kerajaan dengan cara lompat parti , bukanlah semudah itu kata mereka untuk PAS mencapai objektif sebuah pemerintahan Islam ?Itu bukan isu . Samaada kita hendak bentuk kerajaan dengan cara lompat parti ataupun tunggu pilihanraya ke 13 , bagi saya kedua - duanya boleh selagi ia dibenarkan oleh sisitem demokrasi . Dan mengikut pakar undang - undang perlembagaan pun , pembentukan kerajaan baru dengan cara lompat parti adalah tidak salah .Adakah kerajaan Pakatan Rakyat ini hendak buat Islam , kita pun tidak tahu . Kita hanya tuntut dari kerajaan Pakatan Rakyat hak supaya peluang dibuka seluas - luasnya untuk dakwah Islam .Kita tidak tuntut Anwar kena buat Islam , tapi kita minta beliau yang disebut sebagai bakal Perdana Menteri , membuka peluang kepada PAS untuk menyampaikan Islam , untuk difahami oleh rakyat Malaysia . Tidak sebagaimana dizaman BN , suara dakwah disekat sebelum ini sehingga orang Islam dan orang bukan Islam tidak boleh faham Islam yang sebenar .Itulah harapan kita dengan kerajaan baru . Kita tidak tuntut negara Islam pun dengan Pakatan Rakyat . Tetapi matlamat kita tetap negara Islam . Sebuah sistem pemerintahan Islam yang tunduk kepada perintah Allah swt. dalam semua urusan .Macam Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebut , kita nak kalau boleh melalui kerajaan Pakatan Rakyat ini , perlaksanaan Islam sepenuhnya dapat dibuat di Kelantan dahulu pun sudah cukup . Bagi peluang kepada Kelantan kerana rakyat Kelantan sudah lama hendakkan demikian . Buka ruang sepenuhnya kepada Kelantan jika tidak dapat dibuat seluruh Malaysia .Dasar PAS jelas . Hujungnya mahu kepada Islam . Jadi kita harap bila kita ikut Pakatan Rakyat , kita minta jaminan daripada Anwar , Islam ini berkembang dengan baik . Jika Islam tidak disekat , semua hak - hak akan terjaga dengan sendirinya , tidak kira hak orang Islam atau bukan Islam . Lim Guan Eng ( Ketua Menteri Pulau Pinang ) pun faham .Apakah PAS sudah tiada sangsi dengan Anwar ? Tuan Guru Nik Aziz nampak sangat senang dengan Anwar ? Adakah maaf sudah diberi ?Itu tuntutan Islam . Saya ingat semua ahli PAS sudah memaafkan Anwar . Beliau sudah menunjuk rasa bersalah , telah datang dan meminta maaf atas cerita - cerita lama . Dan beliau telah berjanji untuk membawa satu reformasi baru . Memberi maaf adalah tuntutan Islam .Tuan Guru Nik Aziz seperti itu dan Tuan Guru Hj. Hadi pun seperti itu . Tinggal lagi perkara akan datang . Memberi maaf tadi kepada barang dan cerita lama yang berlaku . Semuanya sudah memaafkan Anwar . Yang di depan itu yang penting sekarang . Dan orang yang menentukan masa depan PAS sekarang kalau secara individunya ialah Presiden .Kalau kita berfikir tiap - tiap jam untuk PAS , kita kena ingat Presiden berfikir tiap - tiap saat untuk PAS . Jangan kita rasa kita berfikir lebih daripada Presiden . Kalau kita sayang kepada PAS , adalah kita rasa kita lebih daripada Tuan Guru Hj. Hadi ? kalau kita fikirkan masaalah PAS tiap - tiap hari , kita kena faham Tuan Guru Hj. Hadi sebagai Presiden , beliau memikirkan PAS tiap - tiap saat .Jadi takkanlah kita melihat segala kehendak Tuan Guru Presiden menyalahi kehendak Ahli - ahli PAS . Digembar gembur bahawa ramai ahli - ahli PAS tifdak setuju , yang setuju kita tidak sebut . BIla saya tengok kalangan pimpinan , lagi ramai yang setuju dan mereka lihat benda ini benda biasa .Syarat majoriti Muslim seperti yang disebut Tuan Guru , ini syarat biasa . Walaupun ada yang lihat ini syarat yang ketat ( dalam pembentukan kerajaan baru ) tapi inilah kerangka yang dibina PAS untuk membentuk kerajaan Pakatan . Tidak ada masaalah .Tuan Guru Nik Aziz pernah menjawab dalam satu temubual bahawa tidak ada masaalah kalau akhirnya PAS diketuai bukan ulama'Saya setuju tidak ada masaalah jika yang hendak memimpin PAS ini ahli profesional asalkan dia ini memahami Islam dan memiliki ilmu Islam yang baik .Dengan dipimpin oleh Majlis Syura ?Ia memang sudah ada dalam perlembagaan . Tidak ada pandangan pun hendak rombak Syura . Kalau ada pandangan begitu , kita akan hantar mereka kepada UMNO ( ketawa ) . Syura ini barang mesti dalam Gerakan Islam . Satu institusi yang dimestikan oleh Allah dalam gerakan . Tiada siapa boleh rombak .Ia satu tajdid yang paling hebat selepas zaman Allahyarham Dato' Asri Muda ( bekas Presiden PAS ) yang menyebabkan PAS gagah sehingga ke hari ini semenjak kepimpinan ulama kerana institusi Syura terlalu dihormati .Jadi PAS untuk zaman sekarang tidak ada masaalah semula menerima orang bukan ulama' sebagai Presiden ?Majlis Syura akan menilai samaada beliau layak atau tidak dengan ilmu Islam yang dia ada jadi Presiden . Bila saat itu , kita akan tengok apabila dia muncul kelak .posted by Nasrudin bin Hassan at Tantawi