oleh: abuFateh
Kejatuhan khilafah Islamiyyah yang terakhir tanggal 1924, masih belum mencecah tahunnya yang ke seratus. Namun jarak masa yang berlalu dirasakan cukup lama oleh kita umat Islam, tidak kira negara dan benua mana sekalipun.Seolah-olah peristiwa yang berlaku telah berlalu ratusan tahun dan memperingatinya menjadi sesuatu yang tidak relevan sekarang. Lihat saja generasi yang mengenali Mustafa Kamal at-Tartuk sebagai bapa pemoden Turki, bahkan dilihat sebagai figure yang mewarnai kegemilangan sejarah Islam lampau dengan jasa yang tidak terhingga. Itulah teks buku sejarah kita, bahkan mungkin di negara-negara yang lain.Berapa ramai yang mengenali Mustafa Kamal ini dengan gelaran laknatullah, bapa pemusnah khilafah Islamiyyah, individu yang bertanggungjawab menukar azan kepada bahasa Turki di samping manusia yang paling utama mendoktinkan sekular sebagai anutan dalam bernegara. Mana mungkin segala kebejatan ini diketahui generasi yang makan suap dengan sejarah nukilan penjajah, orientalis dan yahudi, dalam keadaan khilafah yang jatuh sekalipun seolah-olah tiada dalam minda. Kita menerimanya tanpa soal.Turki, Sekularisme dan kefahaman beragama.Saya percaya ramai yang mengikuti isu hijab di Turki, tahniah kepada parlimen Turki yang berjaya meraih undi membenarkan pemakaian hijab. Ramai yang mengatakan AKP bejaya dalam ijtihad politiknya untuk menerapkan kembali nilai-nilai islam yang karam akibat gerakan menjatuhkan khilafah dan sekularisme negara tersebut.Namun, pelik benar sebuah negara yang majoritnya Islam mampu menghimpunkan sekumpulan rakyat untuk berdemonstrasi membantah kebenaran berhijab ini. Mengapa hukum Allah berani dicabar kemuliaannya?Walaupun isu hijab ini mendapat kemenangan di parlimen Turki, tapi sewajarnya kita berasa jelik kerana isu sebegini terpaksa diusulkan di parlimen. Kita bimbang Malaysia menuju ke arah sekularisme Turki satu ketika dahulu.Mengapa kebebasan berpakaian mengikut ajaran Islam dipertikaikan, sedang kebebaskan berhias dengan separuh bogel didiamkan begitu sahaja. Atas alasan kebebasan individu aurat didedah namun apabila ianya ditutup litup datang suara-suara menentang dengan pelbagai alasan. Sekiranya isu kebebasan yang ditimbulkan, sewajarnya kita bersuara bertanya di mana sebenarnya nilai kebebasan yang dilaungkan dunia?Tudung hanyalah satu kesan kefahaman beragama umat Islam mula tersasar. Mungkin kesan sekular dengan definisi terkenalnya ; `Give to caesar what is caesar's, and to God what is God's' telah menyerap masuk ke dalam kalbu ummah.Apabila diterjemahkan ia memberi makna, `Berikan kepada raja apa yang menjadi milik raja dan berikan kepada tuhan apa yang menjadi milik tuhan.'Ungkapan itu bermaksud, Tuhan tidak berkuasa dalam urusan politik atau dengan lain perkataan, politik tiada hubungan dengan agama dan mesti dipisahkan. (Islam dan Demokrasi, Tuan Guru Hj. Hadi Awang, ms9)Namun bagi seorang pemikir Islam, Muhammad Qutb dalam bukunya Mazhib Fikriyyah Muasirah, perkataan yang sesuai sekali untuk menterjemahkan istilah sekularisme ini ialah `alla diniyyah' – (tiada agama). Nukilnya, sekularisme merupakan gerakan kemasyarakatan yang bermatlamat untuk mengalihkan manusia daripada mementingkan akhirat kepada mengutamakan kehidupan dunia semata-mata.Ramai yang menjawab apabila ditanya berkenaan dengan sekularisme bahawa ianya adalah pemisahan agama daripada politik. Sekiranya merujuk kepada sejarah asal kemunculan ideologi ini, maka ianya hampir menepati kehendak sekular. Namun dalam realiti pelaksanaannya sekarang, definisi sebegini masih belum mencakupi keseluruhan istilah sekular. Pada hemat saya pendapat Muhammad Qutb dengan `alla diniyyah' lebih menepati maksud.Ini kerana sekularisme hakikatnya ialah satu ideologi yang berhajat untuk meninggalkan agama hanya dalam pagar masjid, manakala entiti kehidupan lain tiada perkaitannya dengan agama. Tidak kira ianya sosial, politik, ekonomi, undang-undang, pemikiran dan sebagainya. Jadilah agama di timur dan kehidupan harian di barat.adakah kita terpalit sama dengan doktrin ini tanpa sedar?InsyaAllah, sekiranya ada kesempatan saya akan perincikan asas kemunculan sekularisme dan kesesatanya dalam artikel mendatang.Minda kita mengikut bentuk acuan penjajahKisah Turki hakikatnya satu ratapan sedih buat kita umat Islam. Ini hanya satu sketsa di layar dunia, apa kurangnya dengan minda kita rakyat Malaysia yang gah mandabik dada dengan kefahaman beragama, namun hakikat hidup banyak yang terpalit dengan penyelewangan dalam beragama tanpa sedar. Adat, gaya hidup dan minda.Dahulu sebelum kedatangan Jepun menjajah Tanah Melayu, rakyat melihat orang putih sebagai sumber kehidupan. Tanpa orang putih (British) susah untuk mencari rezeki, sukar untuk mengurus pentadbiran negara lebih-lebih lagi ekonomi. Mereka tidak boleh dilawan, persenjataan mereka sangat hebat, kemajuan mereka jauh meninggalkan kita. Inilah mentaliti masyarakat satu ketika dahulu.Kedatangan Jepun sedikit sebanyak mengubah minda rakyat, timbul kesedaran bahawa bukan orang putih sumber segala-galanya. Kita sendiri mampu, maka semangat kemerdekaan yang sebelum hanya berlegar di kalangan ulama dan cendiakawan mula marak cetusannya kepada rakyat peribumi.Masyarakat Tanah Melayu Islam seolah-olah terlupa kehebatan kerajaan Islam yang pelbagai di kepulauan ini dalam mentadbir dan mengurus kehidupan manusia berasaskan agama dengan penuh gilang gemilang. Sebenarnya tidaklah lama tempohnya Kerajaan Islam Melaka jatuh ke tangan Portugis, juga negeri-negeri Melayu jatuh ke tangan British. Namun peredaran masa yang seketika ini seolah-olah menjadikannya ianya cerita lama dalam minda rakyat Tanah Melayu.Cepatnya kita melupakan sejarah, begitu juga cepatnya kita melupakan isi sebenar Islam bawaan Rasulullah saw. Maka hijab dipandang pelik, jihad dilihat sebagai aksi terorist, iltizam dengan agama dicop jumud, agama dan politik satu entiti yang tidak boleh bercampur.Saya bukannya ingin menunding seratus peratus kesalahan ini kepada orentalis, penjajah barat, misionari kristian dan zionis sedunia, tidak dinafikan wujud faktor-faktor lain dalam mencorak cara fikir masyarakat Malaysia. Namun jasa mereka dalam meruntuh integriti umat Islam sesuatu yang tidak mampu untuk kita nafikan.Bermula dengan kekalahan dalam peperangan persenjataan semasa era perang salib, mereka mula menukar cara untuk menjajah batang tubuh umat islam tanpa bedilan senapang dan tembakan mortar. Akhirnya, kita tewas tanpa sedar. Halnya sama di mana-mana ceruk dunia. Justeru coretan kali ini saya petik secara panjang lebar nukilan seorang pemikir Islam Mesir, Muhammad Qutb dalam bukunya ; `Salah Faham terhadap Islam', sebagai renungan kita bersama.Inilah salah satu punca mengapa umat Islam makin hari makin menjauhi agama tanpa sedar. Tinggallah agama hanya ibadat khusus, tiada di dalamnya ekonomi dan politik, sosial dan undang-undang, keadilan juga kebebasan.Mukadimmah Muhammad Qutb Sebagai RenunganNukil beliau dalam buku `Salah Faham Terhadap Islam' :Di sini biar kita memberi peluãng kepada Tuan Gladstone Perdana Menteri lnggeris di zaman Queen Victoria menerangkan polisi itu dengan jelas dan terus terang. Beliau mengangkat al-Quran dan berkata kepada para anggota-anggota Parlimen Inggeris, Selama kitab ini berada di tangan orang Mesir, maka selama itulah kita tidak akan menikmati keamanan di negeri itu."Jadi, yang menjadi sasaran-sasaran polisi Inggeris ialah melemahkan ilmu agama Islam, mengikiskan kesuciannya pada hati penganut, memusnahkan imejnya di dalam fikiran dan hati kecil mereka agar mereka keluar dan agama itu dan menjauhi diri dari undang-undang dan peraturannya, supaya dengan langkah demikian penjajah-penjajah Inggeris dapat bertapak kukuh di negeri itu.Demikianlah polisi yang dijalankan Inggeris di Mesir. Di samping itu Inggeris mengatur pula satu polisi pendidikan yang mengabaikan pengajian dan penjelasan tentang hakikat agama Islam. Apa yang diajar di sekolah-sekolah hanya ibadat-ibadat, sembahyang-sembahya ng, zikir-zikir dan ucapan-ucapan tasbih, tariqah-tariqah sufi. Cara membaca Quran untuk mengambil berkat dan ajaran-ajaran akhlak secara teori saja.Penuntut-penuntut tidak pernah diajar tentang Islam sebagai satu sistem ekonomi dan sosial, sebagai satu sistem pemerintahan atau sebagai satu sistem pendidikan dan pengajaran atau sebagai satu cara hidup dan pemimpin kehidupan.Apa yang diajar kepada mereka ialah keraguan-keraguan dan kekeliruan-kekeliruan faham terhadap Islam yang diatur oleh para orientalis dan lain-lain pendokong-pendokong perjuangan salib dan Eropah. Mereka berbuat demikian agar umat Muslimin terkeliru dengan agama mereka sendiri dan agar politik penjajahan Inggeris yang keji itu terlaksana.Dan sebagai pelajaran ganti mereka mengajar anak-anak muda Islam tentang keagungan Eropah. Mereka diajar bahwa sistem-sistem kemasyarakatan yang sebenar ialah sistem-sistem kemasyarakatan yang telah berjaya membangun negara-negara Eropah. Mereka diajar bahwa sistem ekonomi yang tulin ialah sistem ekonomi yang telah disusun oleh otak-otak orang Eropah, mereka diajar bahwa perlembagaan pemerintahan yang paling baik ialah perlembagaan yang telah dihasil dan dikembangkan oleh pengalaman orang-orang Eropah, mereka seterusnya diajar bahwa hak-hak manusia itu adalah hasil deklarasi revolusi perancis, dan sistem demokrasi adalah diasas dan dimajukap oleh bahasa Inggeris, sedangkan tamaddun hari ini adalah dibatu asaskan oleh Empayar Rome.Pendeknya orang-orang Inggeris menggambarkan negeri Eropah kepada pelajar-pelajar Islam sebagai satu-satunya negeri raksaksa yang tiada siapa yang boleh menandinginya dan meng gambarkan negeri Timur sebagai negara Awang Kenit yang kerdil yang tidak boleh berdiri di atas kaki sendiri, malah pasti selama-lamanya tunduk dan menumpang kemajuan negeri Eropah.Dan akhirnya politik yang diaturkan oleh Inggeris telah membawa hasil yang baik, di mana generasi-generasi muda Mesir tidak lagi merasa mempunyai kewujudan dan keperibadian sendiri, mereka seluruhnya telah diperhambakan Eropah dan mereka telah terbenam sedalam-dalamnya di dalam perbudakan Eropah, mereka tidak dapat melihat dengan mata hati mereka sendiri, mereka tidak dapat berfikir dengan akal fikiran mereka sendiri, mereka melihat mengikut apa yang dilihat oleh orang-orang Eropah dan mereka hanya mendokong fikiran-fikiran yang dikehendaki oleh orang orang Eropah.Kaum intelek hari ini merupakan buah-buah hasil dan politik yang disusun oleh penjajah. Mereka tidak mengetahui sesuatu darihal Islam kecuali fahaman-fahaman dan gambaran-gambaran yang menimbulkan keraguan, malah mereka tidak memahami seluruh ajaran Islam kecuali mengikut apa yang diajar oleh guru-guru Eropah. Dan justru kerana itu mereka turut menganjur persis seperti orang-orang Eropah supaya agama dipisahkannya dan pemerintahan dan dipisahkan dan sains.Akibat kejahilan dan kelalaian, mereka lupa bahwa agama yang telah ditinggalkan oleh Eropah itu suatu agama yang berlainan dan agama yang diperjuangkan pengembangpengemban g Islam. Suasana-suasana yang melingkupi Eropah dan yang, telah memaksakannya bertindak memusuhi dan memencilkan agama adalah suasana-suasana yang khusus bagi orang-orang Eropah di sana saja. Suasana-suasana itu tidak berlaku di negerinegeni Islam di Timur, malah tidak mungkin berlaku di sini. Justru kerana itu apabila kaum intelek kita menyeru agar kita menepikan saja agama atau memisahkan agarna dan pentadbiran sosial, politik dan ekonomi negara, maka sebetulnya mereka telah mengimpotkan fikiran-fikiran yang telah disediakan oleh orang orang Eropah danmengulangi seperti burung kakak tua apa yang diucapkan oleh orang-orang eropah di negeri negeri mereka(Muhammad Qutb, e-book – Salah Faham Terhadap Islam)Tugas kita memahami Islam dan membetulkan keadaan.Saya cadangkan kepada pembaca untuk menekuni buku karangan Muhammad Qutb ini. Terjemahan bahasa Malaysia bertajuk `Salah Faham Terhadap Islam' atau dapatkan naskah asal bahasa Arabnya dengan tajuk `As-Syubhah haula Islam'.Kiranya kita masih belum mengenal Islam, kepada siapa agama ini ingin kita serahkah untuk difahami. Ayuh bersihkan daki sekular yang tumbuh tanpa sedar dalam diri dengan ilmu dan kefahaman Islam yang jelas. Islam yang di bawa Nabi saw bukan Islam dalam pemahaman yang sempit lagi menyempitkan.Teruskan pembacaan ...Posted by Abi Ummi Ammu
No comments:
Post a Comment