Lawatan Hati

Cetusan Hati

مفتح القلب

مفتح القلب

usul 20

17 February 2011

" mujahid " -asy-syahed hassan al-banna-

"Aku membayangkan mujahid itu sebagai seorang lelaki

yang sentiasa membuat persiapan, menyediakan bekalan,

berupaya menguasai fikiran yang memenuhi setiap sudut jiwa dan segenap jurusan hatinya.

Dia sentiasa berfikir dan menumpukan perhatian sepenuhnya

terhadap persiapan yang terus menerus.

Apabila diseru dia menyahut.

Apabila dipanggil dia menjawab.

Pulang dan perginya, perkataan dan bicaranya,

kesungguhan dan gurauannya

tidak melampaui bidang yang disediakan untuknya.

Dia tidak mengambil tugas selain daripada yang telah diletak atau dituntut ke atasnya.

Dia berjihad di jalan-NYa.

kamu dapat membaca pada garis wajahnya,

melihat pada kilauan matanya dan

mendengar pada pergerakan lidahnya

segala yang bergelora dalam hatinya berupa hawa yang melekat , kesakitan yang terpendam,

keazaman yang benar , kesungguhan dan cita-cita yang tinggi dan matlamat yang jauh sentiasa memenuhi jiwanya."

No comments: