Lawatan Hati

FREE PALESTINE
FREE PALESTINE

Cetusan Hati

مفتح القلب

مفتح القلب

usul 20

01 January 2009

Karenah Akhir Zaman

Assalamu'alaikum...sebelum dipanjangkan cerita...di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat tahun baru hijrah kepada semua umat islam yang berada di segenap dunia ini...

Pada pengamatan saya pada kejadian sambutan tahun baru 2009 semalam, saya dapati beberapa kemusykilan yang tertanya-tanya jawapannya...pada hemat saya patutkah perayaan sambutan tahun baru ini diraikan dengan penuh kemeriahan?

Semalam saya berkesempatan melawat beberapa tempat utama yang menjadi tumpuan awan yang terdiri dari golongan masyarakat umum...kebanyakan terdiri dari golongan muda mudi secara majoritinya...

Kebanyakan berkeliaran secara berleluasa tanpa mengira hukum agama, seolah-olah semalam umpama berada di negara bukan islam. bayangkanlah pasangan muda mudi berdua-duaan menaiki motorsikal melewati jam 12 malam! apa sudah terjadi pada generasi islam sekarang?di mana senstiviti ibu bapa mengenai anak-anak mereka?anak gadis berkeliaran dengan pakwenya...pakwe dengan makwe umpama laki bini (suami isteri) yang sah,walhal tiada sebarang aqad diijab qabulkan...

Keruntuhan moral ini berleluasa sehingga tiada pihak mengambil endah tetang permasalahan ini...siapa yang bertanggungjawab?

Anak-anak kecil didedahkan dengan suasana yang hancur ketika bersama keluarganya semasa menyambut perayaan tahun baru semalam...budaya melepak di sekitar bandar-bandar,taman-taman reakrasi menjadi saksi bahawa negara sedang mengalami gejala keruntuhan moral global yang serius...apa akan terjadi negara kita ini dalam tempoh 10-20 tahun akan datang?

Para pelajar sekolah rendah berkeliaran bersama rakan-rakannya merayap dengan berjalan kaki dan berbasikal bersama aksi ala-ala mat rempit bersama melewati jam 12 malam! bayangkan anak-anak kita yang diasuh dengan perilaku ini?

Renungkanlah wahai umat islam yang berbangsa melayu sekalian! sekiranya pemuda pemudi sekarang telah dijangkiti virus hendonisme, maka tunggulah kehancuran di masa akan datang...

No comments: